Harga saham Juventus menurun

MILAN: Harga saham kelab bola sepak Itali, Juventus meros0t lebih 17 peratus pada awal dagangan hari ini selepas pasukan Cristiano Ronaldo itu disingkirkan oleh Ajax pada saingan suku akhir Liga Juara-Juara, semalam.

Nilai saham kelab berkenaan turun sebanyak 17.7 peratus kepada 1.39 euro selepas menjunam hampir 21 peratus sebaik saja dagangan bursa di Milan bermula.

Saham kelab yang berpengkalan di Turin itu, melonjak tahun lalu susulan pembelian Ronaldo daripada Real Madrid.

Pada aksi di laman sendiri semalam, Juventus dikejutkan oleh barisan muda Ajax untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat pertama kalinya sejak 1997 menerusi tandukan Matthijs de Ligt pada separuh kedua untuk memastikan kemenangan 2-1.

Kekalahan itu meleburkan harapan Ronaldo untuk merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali keenam.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*