Peluang City untuk balas balik

MANCHESTER, England: Selepas lebih 60 jam drama menakjubkan Liga Juara-Juara, Manchester City dan Tottenham Hotspur akan berdepan sekali lagi di Stadium Etihad Sabtu ini, kali ini dalam saingan Liga Perdana.

Impian City untuk mencipta empat gelaran berakhir apabila tewas menerusi jaringan tempat lawan selepas pusingan kedua tamat dengan kemenangan 4-3 tetapi terikat 4-4 secara agregat.

Harapan untuk meraih gelaran Liga Perdana kekal di tangan pasukan kendalian Pep Guardiola dan mereka menyedari jika menang baki lima perlawanan, mereka akan mengekalkan gelaran itu.

Ini adalah ujian terbesar kepada sikap mereka selepas tersingkir dari Eropah – dengan gol lewat Raheem Sterling, yang pastinya boleh membawa City tetapi diketepikan menerusi rakaman video VAR.

“Kami perlu membalas, waktu terdekat, pasukan yang sama. Tetapi saya tidak terlalu memikirkannya ketika ini, tidur sebanyak mungkin dan kemudian kami akan bersedia untuk perlawanan itu,” kata Guardiola.

City sudah menang Piala Liga dan kini mereka berada di final Piala FA, bermakna sasaran tiga piala masih realistik.

“Kami bekerja keras, sembilan, 10 bulan untuk Liga Perdana. Ia kini berada dalam tangan kami,” kata Guardiola.

“Ia mencabar, sudah tentu, tetapi kami perlu melakukannya.”

 

Sumber: Reuters via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*