10 orang pemain Pahang tumbangkan Perak di Ipoh

Malam ini, Perak melayani kunjungan pasukan yang menduduki tempat ke-2 Liga Super Malaysia, Pahang FA di Stadium Perak, Ipoh.

Aksi yang agres1f daripada kedua-dua pasukan namun Pahang dilihat lebih mendominasi perlawanan. Hanya Herold Goulon yang muncul sebagai penjaring tunggal dalam perlawanan ini hasil umpanan cantik Safwam Baharuddin di dalam kotak penalti. Walaupun Nor Azam Azih dilayangkan kad merah selepas daripada itu, Perak nyata tidak dapat memanfaatkan situasi tersebut untuk meraih sekurang-kurangnya gol penyamaan.

Berikut adalah 5 pemerhatian yang kami dapati daripada perlawanan sebentar tadi:

#1 Gandingan Azam Azih dan Safwan Baharudin

Setelah mengharungi beberapa perlawanan liga tanpa kelibat Nor Azam Azih, menentang Perak pada malam ini, pasukan Pahang kembali menggunakan beliau bersama-sama Safwan Baharudin di bahagian tengah.

Gandingan dua pemain ini banyak memberikan persembahan positif kepada skuad Pahang. Ketenangan dan ‘vision’ yang dimiliki Azam membolehkan Pahang mengatur serangan dengan berkesan. Manakala, Safwan pula banyak membantu disamping melakukan kerja kot0r bagi melindungi barisan pertahanan.

Sayang sekali, gadingan ini tidak bertahan lama apabila Azam mengutip kad merah kali kedua dalam musim ini pada minit ke-72.

#2 Perak bermain tanpa pemain import

Hari ini, Perak turun dengan seorang pemain import iaitu, Wander Luiz. Tetapi, kecedera4n yang dialaminya memaksa Mehmet Durakovic menukarkan beliau dengan Firdaus Saiyadi pada babak pertama.

Ini menjadikan Perak bermain tanpa pemain import sehingga tamat permainan. Secara keseluruhannya, The Bos Gaurus sukar untuk menjelmakan jaringan tanpa kehadiran 3 pemain import mereka.

#3 Shahrel Fikri sebagai penyerang utama

Ketiadaan Gilmar dan Wander Luiz memberikan peluang kepada Shahrel Fikri untuk menjadi penyerang utama pasukan Perak. Manakala, Firdaus Saiyadi pula menjadi gandinganya dalam sistem 4-4-2 Mehmet Durakovic.

Walaupun mendapat beberapa peluang, penyerang pinjaman daripada PKNP FC ini dilihat sukar untuk menyaingi gandingan mantap Herold Goulon dan Muslim Ahmad. Disamping itu, ketangkasan Helmi Eliza turut menafikan peluang untuk Shahrel mencipta jaringan.

#4 Pahang bagaikan tiada masalah untuk beraksi dengan 10 pemain

Selepas Nor Azam Azih dilayangkan kad merah, Pahang terpaksa bermain dengan 10 orang pemain. Dollah Salleh bertindak memasukkan Wan Zaharulnizam menggantikan Ze Love untuk baki perlawanan.

Namun, itu tidak memberikan masalah besar kepada Pahang yang mendahului 1-0. Serangan agres1f yang dilakukan Perak dapat dihadapi dengan baik disamping Tok Gajah juga memperolehi beberapa peluang untuk melancarkan serangan.

#5 Pahang lebarkan rekod tanpa kalah, Perak tewas kali pertama di Ipoh

Walaupun terpaksa menamatkan baki lebih kurang 20 minit permainan dengan 10 orang pemain, Pahang masih berjaya meraih 3 mata penuh di tempat lawan. Malah, kemenangan ini juga melebarkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Super Malaysia 2019.

Pasukan tuan rumah, Perak pula terpaksa berputih mata walaupun menentang pasukan lawan dengan 10 pemain di gelanggang sendiri. Kekalahan ini merupakan kekalahan pertama mereka di gelanggang sendiri dalam kempen Liga Super Malaysia musim 2019.

Foto Kredit: Pahang FA

VIDEO:

Kredit: MSuper League

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber: FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*