United masih boleh layak ke Liga Juara-Juara – Solskjaer

MANCHESTER, United Kingdom: Ole Gunnar Solskjaer berkata Manchester United masih boleh layak ke Liga Juara-Juara walaupun prestasi mereka merudum dan diteruskan dengan kekalahan di tangan tetangga Manchester City.

United kini tewas tujuh daripada sembilan perlawanan terakhir semua kejohanan, meninggalkan mereka tiga mata di belakang pasukan tangga keempat, Chelsea berbaki tiga perlawanan.

Namun mereka mendapat bantuan pasukan lain dengan Arsenal tewas 3-1 di tangan Wolves awal pagi tadi yang membuatkan pintu masih terbuka.

Kunjungan Chelsea ke Old Trafford Ahad ini menyebabkan Solskjaer meminta pasukannya untuk terus bertarvng bagi layak ke Liga Juara-Juara walaupun baharu tewas 2-0 kepada City awal pagi tadi.

“Kami perlu lebih kualiti pada Ahad dan jika kami menang perlawanan itu, ada lagi dua perlawanan perlu dilalui,” kata Solskjaer kepada manutd.com.

“Sudah tentu kami mahu berada di kedudukan empat teratas. Saya masih belum merancang untuk bermain malam Khamis (dalam Liga Europa). Kami hanya perlu pastikan kami mendapat peluang pada Ahad.

“Ada tiga perlawanan sebelum penamat musim, kami ketinggalan tiga mata di belakang empat pasukan teratas dan tiada siapa memberikan kami peluang beberapa bulan lalu.

“Ia mungkin memberi kesan kepada pemain. Tugas saya sekarang ialah melihat siapa sanggup berkorban untuk berada di sini.”

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*