PSG mvrung terlepas Piala Perancis

PARIS: Rennes bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan juara Ligue 1, Paris St Germain 6-5 menerusi penentuan penalti selepas terikat 2-2 bagi menjulang gelaran Piala Perancis, awal pagi tadi.

Barisan kendalian Thomas Tuchel – juara Piala Perancis untuk empat tahun lalu – berada di depan dengan 2-0 selepas 35 minit permainan, berterima kasih kepada jaringan Alves dan Neymar sebelum Presnel Kimpembe menjaringkan gol sendiri dan pasukan lawan menyamakan kedudukan menerusi Mexer (Edson Andre Sitoe).

Peny3rang PSG yang juga peny3rang Perancis, Kylian Mbappe diarah keluar padang pada baki dua minit sebelum tamat masa tambahan, sekali gus menambahkan tekanan buat pasukannya ketika penentuan penalti.

Sepakan dilakukan Christopher Nkunku ketika penentuan penalti tersasar dan ia membenarkan Rennes meraih gelaran pertama mereka dalam saingan ini sejak 1971.

Reaksi penyerang PSG, Kylan Mbappe selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan ketika final menentang Stade Rennais pada perlawanan Piala Perancis, awal pagi tadi. – Foto EPA
 
 
Penyerang Paris Saint Germain, Neymar (kiri) dan Edinson Cavani (tengah) beraksi ketika menentang Stade Rennais pada final Piala Perancis, awal pagi tadi. – Foto EPA

“Satu prestasi yang menakjubkan, sudah lama penyokong menantikan detik ini,” kata peny3erang Rennes, Mbaye Niang. “Kami menunjukkan karakter, kemenangan yang berbaloi.”

Kekalahan PSG itu juga menjadikan hanya trofi Ligue 1 yang tinggal buat mereka pada akhir musim ini selepas terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara di pusingan 16 terbaik dan tewas dalam perebutan gelaran Piala Liga.

“Sukar untuk diterangkan, saya tidak mempunyai penjelasan mengenainya. Kami hilang tumpuan,” kata Tuchel dalam sidang media selepas PSG gagal memenangi trofi berganda dalam satu musim buat kali pertamanya sejak 2012-13.

“Masih terlalu awal untuk menilai musim kami, saya perlu beberapa hari untuk memikirkan mengenainya.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Reuters via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*