Peny3rang Brighton prospek sarung jersi Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Selepas Wan Kuzain Wan Kamal dan Nooa Laine, ada seorang lagi pemain berd4rah kacukan Malaysia yang mungkin boleh dipujuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mewakili skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Pemain itu adalah Jaami Qureshi yang ketika ini beraksi sebagai penyerang skuad Bawah 16 tahun (B-16) Brighton yang mana dia memiliki pertalian d4rah dengan rakyat Malaysia menerusi sebelah ibunya.

Ibu kepada pemain muda yang turut memiliki d4rah campuran Arab dan Wales itu berasal daripada Manjoi, Perak dan situasi ini sudah cukup untuk melayakkan pemain berusia 14 tahun itu untuk beraksi bersama skuad kebangsaan sebagai pemain berd4rah campuran.

Ketika dihubungi BH Sukan, Jaami dilihat tidak menutup pintu untuk mewakili negara kelahiran ibunya sekali gus berpotensi untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

“Saya pernah dipanggil mewakili skuad Bawah 15 tahun (B-15) England namun bagi saya, segala-galanya tidak mustahil (mewakili Malaysia). Apapun, saya akan putuskan mengenai perkara itu apabila tiba masanya nanti.

“Saya gembira sekiranya diberi peluang beraksi di Malaysia. Ini kerana saya melihat Malaysia memiliki banyak pemain berbakat yang boleh beraksi dengan baik di Eropah.

“Meskipun beraksi di Eropah namun saya tidak boleh terlalu selesa, jadi saya perlu meningkatkan persembahan saya,” katanya yang akan pulang ke Malaysia pada Julai atau Ogos ini.

Potensi besarnya dalam bola sepak menyaksikan media tempatan, Mirror menyenaraikan pemain itu sebagai antara prospek yang mungkin mewakili skuad kebangsaan England pada masa depan.

Sebagai rekod, anak bongsu daripada lima beradik itu memulakan karier di akademi Brentford seawal enam tahun sebelum dia beraksi bersama akademi Chelsea selama tiga tahun dan kemudiannya Fulham.

Brighton kemudian mengintai khidmatnya sebelum dia menandatangani kontrak selama dua tahun bersama kelab itu bermula usia 12 hingga 14 tahun.

Potensi yang dimilikinya menyaksikan Brighton menyambung kontraknya selama empat tahun dan biasiswa  termasuklah kontrak profesional selama dua tahun bersama skuad utama bergantung pada prestasinya ketika berusia 17 tahun.

Malah, peny3rang itu memiliki kelebihan atletik apabila selain bermain bola sepak, dia turut bermain ragbi dan bergelar atlet kebangsaan bagi acara pecut 100 meter (m) dan 200m.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*