‘Liridon Krasniqi tidak boleh buat ikut suka hati dia’

Tiada pemain yang lebih besar daripada sebuah pasukan, justeru itu Liridon Krasniqi mungkin akan disingkirkan Melaka United.

Bukan kerana pemain dari Kosovo itu angkuh atau berlagak diva, tetapi kerana beberapa keputusan yang dibuatnya secara sendiri sehingga menampakkan dia seolah tidak menghormati Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) sebagai ‘boss’ nya.

Lazimnya apabila seseorang pemain mengalami keceder4an, perkembangan tahap keceder4an serta tahap pemulihannya akan berada dalam pengetahuan jurulatih, pasukan perubatan (doktor, fisio) ataupun pihak pengurusan pasukan.

Berbeza dengan Liridon Krasniqi, pemain ini buat semuanya secara sendiri, termasuk ‘berubat’ di Jerman sehinggakan tiada siapapun di Melaka United tahu tentang perkembangan tahap pemulihannya dan bila dia akan kembali.

“Sepatutnya dia sudah kembali menjalani latihan, tetapi dia belum berbuat demikian. Tiada tarikh sebenar bila dia akan kembali, kerana kita tidak dimaklumkan. Dia mengambil masa berapa lama yang dia mahu sedangkan pasukan sangat terdesak mahu menggunakan khidmatnya.

“Mungkin dia belum cergas sepenuhnya dan masih memerlukan masa, tetapi kita sebagai majikan perlu tahu perkembangan dia. Jadi situasi ini sedikit membimbangkan kita apatah lagi kita akan masuk ke fasa lebih get1r di pusingan kedua.

“Sekarang jika dia kembali menjalani latihan sudah tentu dia perlu mengambil masa membentuk keserasian bersama rakan sepasukan, dan akan mengambil masa sebelum dapat diturunkan.

“Jadi, berkemungkinan besar kami akan menggantikannya dengan pemain lain, ia bergantung kepada keputusan oleh barisan kejurulatihan dan juga pengurusan. Jika mereka masih mahu dia kekal, dia akan kekal, jika tidak kita cari pengganti,” kata Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Yusoff Mahadi.

Liridon Krasniqi yang pernah popular ekoran perbal4han dengan bekas jurulatih Kedah, Nidzam Adha Yusoff (kini penolong jurulatih Melaka United) hanya beraksi lima perlawanan pertama liga dan terlepas baki aksi kerana keceder4an paha berulang.

Dalam ketiadaannya, Melaka mengharungi prestasi suram apabila hanya menang satu daripada enam aksi terakhir selain tersingkir daripada saingan Piala FA 2019 setelah kecundang kepada PKNS FC 2-3.

 

Foto : Melaka United

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*