Ten Hag tak simpati nasib Spurs

LONDON: Simpati dengan masalah keceder4an meruncing Tottenham tidak berada dalam fikiran pengurus Ajax Amsterdam, Erik Ten Hag menjelang aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

Tuan rumah, Tottenham akan melayan Ajax tanpa kelibat beberapa tonggak antaranya dua penyerang bintang, Harry Kane dan Son Heung-min selain masalah keletihan apabila terpaksa mengharungi aksi Liga Perdana, Sabtu lalu ketika pelawat mendapat rehat.

Pengendali Spurs, Mauricio Pochettino berkata Ajax memiliki kelebihan kerana seluruh program Liga Belanda ditangguhkan bagi memberi laluan kepada skuad kendalian Ten Hag menjalankan persiapan.

Begitupun, kata-kata itu jelas membuatkan pengendali dari Belanda itu kurang senang sebelum menolak pendapat yang menyatakan skuad kendaliannya adalah pasukan pilihan.

“Kami memperoleh 10 juta euro (RM46.23 juta) untuk bermain di Eredivisie (Liga divisyen satu Belanda) dan berapa yang mereka dapat untuk bermain di Liga Perdana Inggeris. Adakah ia tidak adil untuk kami?” kata pengendali berusia 49 tahun itu.

“Keadaan sentiasa berbeza. Semua orang mempunyai perbezaan. Kamu hanya perlu menerimanya. Itulah yang kami lakukan.”

Pemain tengah Donny van der Beek, yang menjadi antara tonggak muda Ajax mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara pertama kali sejak 1997 mengakui perjalanan juara empat kali itu bermula pada musim panas lalu.

Ajax memulakan kempen di kelayakan kedua menentang kelab Austria, Sturm Graz pada Julai dan kemudian menewaskan Standard Liege untuk mara ke playoff sebelum mengatasi Dynamo Kiev.

Mereka kemudian diundi dalam kumpulan yang turut mengandungi gergasi Jerman, Bayern Munich tetapi muncul sebagai pasukan yang tidak kalah di peringkat berkenaan sebelum menewaskan Real Madrid di pusingan 16 terbaik dan juara Itali, Juventus di suku akhir.

Selain di pentas final, Ajax turut bersaing sengit dengan PSV Eindhoven bagi pemburuan gelaran Liga Belanda.

“Ia berjalan agak pantas,” kata Van der Beek. “Spurs pasukan yang hebat dengan pemain yang menakjubkan jadi kami perlu berada di tahap yang sama atau lebih seperti kami bermain menentang Real dan Juventus pada dua aksi sebelum ini.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

 

Sumber: Reuters via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*