Tiada ruang untuk pengadil seperti itu, JDT hantar bantahan rasmi kepada FAM

KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelaskan pihaknya sudahpun menghantar bantahan dan laporan terhadap isu perkavman oleh pengadil perlawanan yang mengendali aksi menentang Pahang, Ahad lalu, kata Pengarah Teknikalnya, Alistair Edward.

Beliau berkata demikian bagi menjawab saranan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin untuk menghantar bantahan, dan menegaskan pihak JDT tidak akan sesekali memberi ruang kepada segala bentuk unsur perkavman dalam bola sepak.

“JDT ingin menjelaskan bahawa laporan berkenaan ulasan pengadil terhadap pemain luar negara kami dalam perlawanan men3ntang Pahang itu telah dikemukakan pada hari Selasa, 30 April 2019.

“Kami ingin menegaskan semula rasa terkejut kami terhadap komen-komen ini dan kami yakin bahawa tidak ada ruang bagi unsur berbaur perkavman dalam bola sepak.

“Pengadil, seperti setiap orang dalam jalinan keluarga bola sepak, harus memberikan contoh yang baik bagi memerangi sikap berbaur perkavman dalam sukan yang kita cintai ini,” katanya.

Terdahulu, Pengurus JDT, Luciano Figueroa meluahkan rasa kec3wa terhadap pengadil perlawanan aksi menentang Pahang di Stadium Darul Makmur apabila melayangkan kad merah ke atas pemain importnya dan memberikan kata-kata yang tidak elok kepada pemain itu.

“Saya juga mahu bercakap mengenai isu hormat kerana pengadil telah berkata sesuatu kepada pemain luar negara kami, ‘pergi balik ke negara anda, kami tidak perlukan pemain luar negara seperti anda di sini’.

“Saya amat kec3wa dan m4rah mengenai perkara ini,” kata Figueroa.

Semalam, Hamidin meminta JDT untuk tidak memberikan kr1tikan secara terbuka mengenai pengadil sebaliknya perlu menghantar bantahan rasmi kepada FAM.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SukanSinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*