Hafizh belum putus harapan, mahu terus berjuang di MotoGP

PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui masih bergelvt dan belum menemui penyelesaian terbaik dalam misi meraih mata pertama buat pasukannya dalam perlumbaan musim ini.

Bagaimanapun, Hafizh berkata beliau sama sekali tidak akan mengibarkan bendera putih, sebaliknya akan terus berjuang bagi membuktikan kemampuan sebenarnya bersama KTM Tech3.

“Buat masa ini segala-galanya kelihatan sukar. Kami bergelvt di perlumbaan pertama, bangkit di perlumbaan kedua dan kembali bergelvt dalam perlumbaan terakhir di Austin sebelum ini.

“Sejujurnya, saya tidak faham apa yang berlaku tetapi saya yakin kami mampu bangkit dan berjuang.

“Semua orang dalam pasukan bekerja lebih keras demi perlumbaan di Jerez minggu ini, jadi saya dapat berasakan sesuatu yang lebih baik. Diharapkan keadaan fizikal saya lebih baik dalam perlumbaan itu,” katanya kepada Crash.net

Sementara itu, Pengurus KTM Tech3, Herve Poncharal yakin perlumbaan di Sepanyol hujung minggu ini akan menjadi tapak kebangkitan Hafizh memandangkan Sepanyol dianggap seperti rumah keduanya.

“Saya yakin Hafizh semakin memahami jentera RC16 dan bersemangat untuk mengeluarkan potensi dan menunjukkan bakatnya.

“Saya yakin Sepanyol yang seperti rumah keduanya akan menjadi tapak untuk dia bangkit dan diharapkan dia dan Miguel Oliviera akan saling menekan satu sama lain dalam usaha mendapatkan mata untuk pasukan. Itu yang mahu kami lihat minggu ini,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber: SukanSinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*