MotoGP: Petronas Cipta Kejutan 1-2 di Pusingan Kelayakan GP Sepanyol

Pasukan MotoGP dari Malaysia, Petronas Yamaha SRT berjaya mencipta kejutan dalam pusingan kelayakan GP Sepanyol pada Sabtu selepas kedua-dua pelumba mereka berjaya menempah kedudukan 1-2.

Dalam pusingan kelayakan yang berlangsung pada Sabtu, pelumba mereka yang juga merupakan ‘rookie’ untuk saingan musim ini, Fabio Quartararo berjaya menjadi pelumba terpantas dalam sesi kelayakan Q2 sambil diikuti rapat oleh seorang lagi pelumba mereka, Franco Morbidelli di kedudukan kedua.

Keputusan tersebut menyaksikan mereka berjaya mengenepikan saingan daripada pelumba berpengalaman seperti Marc Marquez yang hanya berjaya melakukan catatan masa terbaik untuk berada di kedudukan ke tiga.

Perlumbaan pada Ahad bakal menyaksikan buat pertama kalinya pasukan yang baru sahaja melalui empat perlumbaan kelas premier sejak penubuhan mereka pada musim ini menyertai barisan perlumbaan paling hadapan.

Kejayaan tersebut sudah pastinya mengejutkan ramai pihak memandangkan Petronas Yamaha SRT adalah pasukan paling muda dalam saingan kali ini dan juga merupakan pasukan kedua Yamaha selepas Monster Energy Yamaha.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*