Status Salah resahkan Reds

NEWCASTLE: Liverpool perlu menanti penuh debar sama ada penyer4ngnya Mohamed Salah cergas untuk bermain menent4ng Barcelona bagi aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini.

Penyer4ng bintang Mesir itu mengalami hent4kan di kepala ketika Liverpool mencatat kemenangan 3-2 ke atas Newcastle, semalam yang terus menghidupkan peluang Reds memburv kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Salah terpaksa dikeluarkan selepas dia bertembung dengan penjaga gol Newcastle, Martin Dubravka ketika perlawanan berbaki 20 minit.

“Apa yang saya dengar, pinggang penjaga gol itu berlag4 dengan kepalanya,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp. “Dia kemudian reb4h dan doktor perlu membuat keputusan ‘di dalam atau di luar padang’ dan keputusannya adalah dia dikeluarkan daripada padang.

“Sudah pasti kami akan menerimanya. Apabila kami kembali dia sedang duduk di bilik persalinan sambil menonton perlawanan. Jadi dia tidak apa-apa, tetapi sudah pasti kamu perlu menunggu. Jelas dia mengalami ketukan dalam situasi itu.”

Salah yang menambah jumlah jaringannya kepada 22, semalam bagi pemburuan anugerah Kasut Emas pada awal perlawanan akan menjalani ujian lanjutan untuk menilai kecergasannya menjelang kunjungan Barca ke Anfield, awal pagi Rabu ini.

Mereka kemudian akan mengharungi perlaw4nan terakhir liga menentang Wolves, Ahad depan.

Liverpool berdepan tugasan menggunung untuk mengatasi defisit kekalahan 3-0 kepada Bara pada aksi pertama dan mereka sudah pun kehilangan penyer4ng Brazil, Roberto Firmino susulan masalah kecede4an pangkal paha.

Kemenangan ke atas Newcastle menyaksikan Liverpool kini kembali menghuni tangga teratas liga dengan kelebihan dua mata di atas Manchester City tetapi penyandang juara itu boleh merampas kembali kedudukan jika menundukkan Leicester City, awal pagi esok.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*