Format Liga Juara-Juara diubah selepas 2024

BARCELONA: Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu mahu format Liga Juara-Juara pada masa depan diubah bagi memastikan kelab elit lebih kerap berlaw4n sesama sendiri dan sanggup bersaing di luar negara.

Mac lalu, Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengadakan pertemuan dengan wakil kelab elit bagi membincangkan masa depan Liga Juara-Juara dan perlawanan peringkat serantau yang lain selepas 2024.

Justeru, Pengerusi Persatuan Kelab Eropah (ECA), Andrea Agnelli mengundang 232 ahli persatuan itu untuk satu perjumpaan pada Jun ini bagi membincangkan masa depan pertandingan bola sepak anjuran UEFA.

Barcelona menewaskan Manchester United di suku akhir Liga Juara-Juara dan bakal menuju ke kemuncak saingan di Madrid pada 1 Jun ini selepas mengatasi Liverpool 3-0 dalam perlawanan pertama separuh akhir sebelum aksi kedua di Anfield, Rabu ini.

“Penyokong mahukan aksi Eropah yang lebih banyak. Mulai 2024, format baharu akan membenarkannya. Kami sedang merancang untuk menambah baik pertandingan itu,” kata Bartomeu kepada The Guardian, semalam.

“Kejohanan ini menyaksikan Manchester United buat pertama kali tiada dalam senarai sejak 11 tahun lalu, Liverpool pula kembali beraksi sejak 2006. Ia tidak boleh jadi begitu dengan menyaksikan banyak perlawanan tetapi akhirnya tanpa pasukan seperti Liverpool dan United.”

United menewaskan Barca di separuh akhir Liga Juara-Juara musim 2007-08 sebelum muncul juara tetapi Red Devils kalah di tangan skuad Catalan itu pada final 2009 dan 2011 manakala Liverpool menewaskan Barca di peringkat 16 terakhir musim 2006/07.

Bartomeu bekata, dia menolak idea beberapa pasukan sudah terjamin kedudukan dalam kancah Liga Juara-Juara namun mengakui tiada siapa memperkatakan mengenai liga tertutup atau Liga Super dan perubahan yang dilakukan lebih menarik tetapi ia bukan sesuatu yang bersifat revolusi.

Dalam pada itu, Bartomeu mengakui dia masih berharap kelab teratas La Liga akan dapat beraksi di luar Sepanyol.

Sebelum ini, idea pertemuan Barca menentang Girona di Miami Januari lalu tidak menjadi kenyataan akibat ‘kurang kesepatakan’.

“Kami mahu lebih banyak bola sepak berlangsung di Amerika Syarikat,” katanya.

“Saya mahu tiga perlawanan berlangsung di luar negara setiap tahun bagi mempromosi La Liga – satu di Amerika Syarikat, satu di Timur Tengah dan satu di Asia. Mereka menonton kami di TV dan ia satu cara untuk mendapatkan sokongan peminat mereka,

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

 

Sumber: Reuter via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*