Sekali lagi Bale disingkirkan

MADRID – Gareth Bale tidak akan menyertai Real Madrid ke Anoeta untuk menghadapi aksi kedua terakhir liga musim ini apabila Zinedine Zidane menegaskan penyerang Wales itu tiada dalam perancangannya pada musim depan.

Bale tidak akan diletakkan di bangku simpanan dalam pertemuan Madrid menent4ng Real Sociedad sama nasib yang sama menimpanya ketika Los Blancos menewaskan Villarreal 3-2 di Santiago Bernabeu, minggu lalu.

Sejak pelantikan Zidane sebagai bos baharu Madrid, Bale hanya beraksi 90 minit dalam tiga daripada sembilan perlaw4nan. Bale turut menjadi pemain gantian sebanyak tiga kali dan sekarang sudah tiga perlawanan dia diketepikan.

Ketika ditanya sama ada Zidane sudah berbincang masa depan Bale bersama pemain itu, dia berkata;’Saya tidak akan berkata apa-apa mengenainya, perbualan sul1t, kekal dalam bilik persalinan.

“Saya ada cakap beberapa perkara dengan semua pemain, siapa yang akan kekal dan siapa yang perlu meninggalkan kelab namun itu semua kekal di bilik persalinan,” kata Zidane.

Dalam pada itu, ejen Bale, Jonathan Barnett memberitahu pemain berusia 29 tahun itu mahu kekal bersama Madrid.

“Saya tidak pasti bahawa Zidane mahu dia kekal namun buat masa sekrang Gareth ingin kekal di sini. Dia mempunyai kontrak dan gembira jika dapat menamatkannya hingga 2022,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AFP via Utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*