Chelsea tahu pilihan Hazard

LONDON: Eden Hazard berkata dia sudah memberitahu Chelsea berkenaan masa depannya tetapi masih belum mengumumkan secara rasmi sama ada dia akan kekal di Stamford Bridge susulan spekulas1 mengaitkannya dengan perpindahan ke Real Madrid.

Penyer4ng Belgium itu hanya mempunyai baki kontrak setahun bersama kelab London itu selepas menyertai mereka dari Lille pada tahun 2012.

Selepas dimasukkan sebagai pemain gantian ketika keputusan 0-0 di Leicester malam tadi, Hazard mendedahkan dia sudah memaklumkan kepada kelab berkenaan keputusannya.

“Iya. Beberapa minggu lalu. Saya sudah membuat keputusan dan ia bukan hanya berkenaan saya,” kata Hazard. “Saya sudah membuat keputusan saya, muktamad.”

Bagaimanapun Hazard masih komited untuk membantu Chelsea menjuarai Liga Europa di mana mereka akan bertemu Arsenal pada final 29 Mei ini.

Hazard dimasukkan pada 21 minit terakhir aksi di Stadium King Power di mana Chelsea menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga ketiga, 26 mata di belakang juara Manchester City.

Pengendali Chelsea Maurizio Sarri sebelum itu berkata, dia juga masih kabur tentang masa depan Hazard.

“Saya berharap, seperti setiap penyokong Chelsea, yang dia akan kekal bersama kami,” kata Sarri. “Tetapi buat masa sekarang saya tidak tahu.

“Dia sudah memberikan yang terbaik sepanjang tujuh musim di Chelsea. Dia menjadi antara dua atau tiga pemain terbaik dunia, tetapi saya rasa kita perlu menghormati keputusannya.”

Malah Sarri sendiri tidak pasti dengan kedudukannya sebagai pengendali Chelsea dan tidak mampu mengesahkan sama ada dia akan terus berada di Stamford Bridge musim depan.

“Saya fikir begitu tetapi saya tidak pasti. Saya tidak tahu. Saya cuma boleh katakan kelab mahu saya layak ke Liga Juara-Juara dan kita mencapai sasaran.

“Saya suka bola sepak Inggeris, Saya suka Liga Perdana. Saya mahu kekal di sini,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*