Pescao Bergelvt Dalam Hujan di Le Mans, Puji Tindakan Bijak The Doctor

Pelumba KTM Tech3, Hafizh Syahrin Abdullah yang mempunyai rekod yang agak baik dalam keadaan trek basah sebelum ini gagal untuk menghadirkan kejutan dalam sesi kelayakan Grand Prix Perancis pada Sabtu.

Hafizh yang menyertai sesi kelayakan Q1 bersama-sama rakan sepasukannya, Miguel Oliveira bagaimanapun gagal untuk menempah tiket ke pusingan kelayakan Q2 selepas hanya mencatatkan 1 minit 41.717 saat untuk berada di kedudukan ke 11 keseluruhan.

Keputusan tersebut juga menyaksikan Hafizh bakal memulakan perlumbaan pusingan kelima MotoGP pada Ahad di kedudukan ke 21 petak pemulaan.

Rakan sepasukannya pula akan memulakan perlumbaan satu baris di hadapan Hafizh selepas menempah kedudukan ke 16 dalam sesi kelayakan. Dalam perkembangan sama, Hafizh turut memuji tindakan bijak yang dilakukan Valentino Rossi ketika menyertai pusingan kelayakan bersama-samanya apabila pelumba berpengalaman itu memutuskan untuk menjadi satu-satunya pelumba yang tidak menggunakan tayar basah dalam sesi Q1.

Melihatkan catatan masa yang dilakukan Rossi selepas tidak menggunakan tayar basah, Hafizh juga sempat untuk menukar jenteranya dalam sesi yang berlangsung selama 15 minit itu.

Keputusan yang dibuat oleh Hafizh dan pasukannya untuk memperbaiki catatan masa terbaik mereka bagaimanapun dilihat sedikit terlambat.

Untuk rekod, Ini adalah kali pertama beliau beraksi dalam keadaan trek basah bersama jentera KTM RC 16 miliknya musim ini.

Sesi kelayakan yang berlangsung pada Sabtu menyaksikan Marc Marquez berjaya meraih kedudukan ‘pole’ diikuti Danilo Petrucci dan juga Jack Miller untuk memulakan perlumbaan di barisan paling hadapan pada Ahad.

Perlumbaan pusingan kelima MotoGP di litar Le Mans, Perancis dijangka berlangsung pada jam 8 malam waktu Malaysia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*