Seorang lagi pemain terbaru keluar, bolasepak Kelantan menuju zaman gelap

Kemelvt di kem Kelantan nampaknya bertambah par4h apabila tonggak import Cassio Franscisco De Jesus menjadi pemain keempat meninggalkan pasukan dalam tempoh kurang dua minggu, dengan mendakwa gajinya sudah lima bulan tidak dibayar, selain terdapat tunggakan musim 2018 yang dibuat tak endah.

Walaupun pengendali, Yusri Che Lah cuba menyatakan keadaan masih terkawal dan kononnya sengaja disensasikan oleh penyokong, luahan Cassio Francisco membuktikan sebaliknya.

“Bukan saya ingin keluar (dengan rela hati) tetapi keadaan kewangan pasukan ini mendesak saya untuk keluar. Saya telah memberi tempoh masa lama dan menunjukkan sikap professional tetapi ini bukan cara sebuah pengurusan professional.

“Saya berterima kasih kepada penyokong yang telah memberi saya sokongan, pada akhirnya sokongan sahaja tak cukup untuk seorang pemain meneruskan karier. Saya harap pasukan ini akan bangkit kerana mereka sebuah pasukan yang bagus, ini bukan tempat mereka patut berada, terima kasih atas semua kenangan,” luahnya ketika dihubungi Foxsports.

Cassio bagaimanapun belum mahu mendedahkan pasukan mana akan diwakilinya selepas ini kerana masih dalam proses namun ianya difahamkan sebuah pasukan Liga Super.

Dengan keluarnya Cassio Francisco, maka Kelantan sudah tidak mempunyai pemain import untuk dipertaruhkan selepas Flavio Beck Junior membuat keputusan berpindah ke Bhayangkara FC pada pertengahan bulan ini, manakala kelibat Mustafa Zazai sudah hilang dari radar tanpa perkembangan sejak dikr1tik lantang oleh Yusri pada bulan lalu.

Foxsports difahamkan pemain itu tidak dibayar gaji tiga bulan dan mahu membawa kes ini ke pengetahuan Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA).

Pemain berdar4h kacukan David Rowley juga telah keluar dan menyertai Kedah minggu lalu dengan menyatakan keluarganya telah diha1au dari apartment yang didiami kerana kegagalan Persatuan Bolasepak Kelantan membayar sewa, manakala penjaga gol Damien Lim pula telah meminta ditamatkan pinjaman dan kembali ke PKNS FC.

Pemain seperti Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Nik Azli Nik Alias juga dilaporkan menunggu masa untuk angkat kaki, jadi adakah segala kemelvt ini bermaksud keadaan masih terkawal di kem Kelantan, sepertimana dibayangkan Yusri?

Dengan Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan seperti sudah lepas tangan dan tidak lagi mengambil tahu perihal pasukan serta kebajikan pemain, maka bolasepak Kelantan nampaknya sedang menuju ke zaman gelap dan tidak ada sebarang kepastian siapakah yang akan menghulur tangan, menjadi penyelamat yang membawa mereka keluar dari jalan ini.

Foto : NSTP

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*