Gattuso sah letak jawatan

MILAN: Pengendali AC Milan Gennaro Gattuso meninggalkan kelab semalam, dua hari selepas pasukannya terlepas kelayakan ke Liga Juara-Juara musim depan sekali gus melebarkan kegagalan mereka beraksi di pentas Eropah itu untuk enam musim.

Milan mengeluarkan kenyataan mengesahkan peletakan jawatan pengendali 41 tahun itu, bekas pemain tengah yang mengharungi 13 musim bersama kelab itu, ketika kontraknya masih berbaki dua tahun.

“AC Milan mengesahkan Gennaro Gattuso akan melepaskan peranannya sebagai pengendali skuad utama kelab atas persetujuan bersama berkuatkuasa serta-merta,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

“Legenda Rossoneri (merah dan hitam) sejati, Gennaro memegang jawatan itu ketika tempoh sukar sukar kelab dan melaksanakan tugasnya dengan baik dengan mengumpul mata liga tertinggi sejak musim 2012/13.”

Kelab itu turut mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Sukan, bekas pemain Brazil Leonardo Arauju.

Gattuso menyertai Milan, tugas sulungnya sebagai pengendali kelab Serie A, pada November 2017. Pada masa sama, syarikat dari Amerika Syarikat Elliot Management mengambil alih kelab dibelenggu hutang itu daripada usahawan China Li Yonghong.

Kegagalan layak ke Liga Juara-Juara dijangka membawa kerugian sebanyak 50 juta euro (RM233.7 juta) musim depan hasil kehilangan pulangan daripada hak penyiaran dan penyertaan di liga tertinggi Sepanyol itu.

Jun lalu,  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*