Akhirnya Hazard bersuara tentang masa depannya

BAKU – Eden Hazard akhirnya mengesahkan dia mungkin meninggalkan Chelsea sejurus selepas membantu pasukan itu menjulang Liga Europa dengan meledak dua gol ketika membenam Arsenal 4-1, hari ini.

Perancang utama Belgium itu mengambil sikap berdiam diri sejak beberapa minggu dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Bagaimanapun sebaik sahaja melengkapkan tugasnya bersama Blues, dia akhirnya bersuara tentang masa depannya.

“Saya fikir, ini (perlawanan akhir) adalah tanda selamat tinggal, namun dalam bola sepak anda tidak tahu (apa akan berlaku).

“Impian saya adalah mahu bermain dalam Liga Perdana Inggeris. Saya sudah merasai pengalaman itu selama tujuh tahun, beraksi buat kelab terbesar di dunia, Chelsea.

“Mungkin, sudah tiba masanya untuk mencari cabaran baharu,” kata pemain berusia 28 tahun itu kepada BT Sport. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSAN ONLINE

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*