Mustahil de Ligt sertai United

LEGENDA Belanda, Ruud Gullit menyifatkan mustahil buat pemain muda Ajax Amsterdam, Matthijs de Ligt untuk berhijrah ke Manchester United.

Menurut Gullit, sebab utamanya adalah kerana skuad The Red Devils itu tidak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

“Dalam beberapa hari ini banyak cakap-cakap yang mengatakan bahawa de Ligt akan ke United. Saya tak fikir bahawa peluang United untuk menyambar pemain itu tinggi.

“Alasan paling besar adalah United tidak bermain dalam Liga Juara-Juara musim depan sedangkan ia perkara paling utama dalam karier pemain,” katanya.

Malah, Gullit memberitahu, peluang untuk United menyambar pemain bintang seperti de Ligt juga cukup rendah kerana status pasukan itu bukan berada dalam kejuaraan utama Eropah.

“Pasukan besar lain seperti Barcelona dan Liverpool berpotensi lebih cerah mendapatkan de Ligt dan pemain bintang masuk dalam pasukan masing-masing,” katanya.

De Ligt tampil mengagumkan bersama De Amsterdamer musim ini selepas berjaya menjulang kejuaraan Liga Belanda dan Piala Liga Belanda.

Pemain pertahanan kelahiran Belanda itu juga membantu Ajax mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara sebelum dikecewakan Tottenham Hotspur di Stadium Johan Cruyff.

Beberapa kelab gergasi Eropah dikaitkan dengan kapten Ajax itu, antaranya Barcelona, Liverpool, Juventus, Manchester City selain United.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SukanSinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*