‘Selamat tinggal Terengganu FC’- Igor Zonjic

Susulan pengumuman kemasukan pemain baharu oleh pasukan Terengganu FC, pertahanan dari Serbia, Igor Zonjic memuat naik ucapan selamat tinggal kepada penyokong dan rakan sepasukanya menerusi laman Instagram miliknya, semalam.

Igor Zonjic merupakan pemain yang dibawa masuk oleh bekas pengendali Terengganu FC, Irfan Bakti pada penghujung tahun 2017 sebagai persiapan untuk mengharungi musim 2018 di mana mereka mendapat promosi ke saingan Liga Super selepas muncul naib juara Liga Premier 2017.

Dan musim 2018 menyaksikan pemain berketinggian 1.88 meter ini menjadi tunjang di bahagian pertahanan dan telah membantu Terengganu FC menduduki tangga ke-5 Liga Super 2018 dan naib juara Piala Malaysia 2018.

Bagaimanapun, kr1sis di bahagian pertahanan Terengganu FC semakin par4h pada musim ini menyebabkan pihak pengurusan mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat pemain baharu iaitu Luis Gustavo dan memaksa Terengganu FC mengenepikan Igor Zonjic pada jendela perpindahan kedua yang berakhir pada tengah malam tadi.

Sehubungan itu, dalam ucapan selamat tinggalnya, beliau sempat mencoretkan kebanggaan dapat menyarung jersi pasukan berpengkalan di pantai timur itu dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak sepanjang penglibatannya dalam karier bola sepak di Malaysia.

“Terima kasih Terengganu, terima kasih penyokong terbaik di Malaysia, terima kasih rakan sepasukan, terima kasih untuk tahun yang begitu indah di sini,

“Sungguh bermakna menjadi sebahagian daripada kelab di bandar ini dalam permainan yang penuh indah, semoga bertemu lagi dan semoga berjaya,

“Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin,” tulisnya di laman Instagram.

Foto: Terengganu Football Club

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*