Final Liverpool, Tottenham tiada kualiti – Mourinho

LONDON: Bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho tidak kagum dengan persembahan yang ditampilkan Liverpool dan Tottenham di final Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Mourinho yang memiliki dua gelaran Liga Juara-Juara bersama Porto pada 2003 dan Inter Milan pada 2010 merasakan Liverpool menggunakan pendekatan pragmatik bagi membantu mereka meraih kemenangan 2-0 terhadap Spurs.

Liverpool dijangka menampilkan corak permainan menyer4ng pada perlawanan berkenaan menerusi trio ser4ngan berbis4nya dengan barisan tengah memberi sokongan di kawasan lawan.

Tetapi pengendali dari Portugal itu, yang tidak bertugas sebagai pengulas tidak melihat corak permainan berkenaan dilaksanakan dan berpendapat perlawanan itu boleh diberikan nilai ‘tidak bagus’ secara keseluruhan.

“Saya fikir tiga pemain tengah Liverpool, jika kita melihat kitaran posisi mereka, mereka bermain di laluan lurus di belakang empat pertahanan,” kata Mourinho. 

“Kamu tidak dapat mengingati yang (Jordan) Henderson, (Gini) Wijnaldum, Fabinho, (James) Milner berada dekat dengan tiga penyerang, salah seorang daripada mereka berada di kotak penalti, tiada. Mereka kekal di dalam blok tujuh pemain, mereka amat pragmatik, bertahan dengan utuh.

“Saya juga berpendapat jika ini bukan final Liga Juara-Juara, jika ia perlawanan Liga Perdana atau final Piala Liga, kita semua akan berkata ia perlawanan yang tidak bagus.

“Disebabkan ia adalah final Liga Juara-Juara, ia mempunyai sedikit emosi, tetapi saya fikir kualiti perlawanan tidak bagus, dan Tottenham perlu kecewa kerana mereka tewas dan merasakan yang mereka lebih bagus daripada ini.”

Bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger turut bersetuju dengan pendapat Mourinho dan menyifatkan persembahan Liverpool sebagai ‘amat sederhana’.

“Saya secara peribadi percaya ia persembahan Liverpool yang amat sederhana dan Tottenham lebih baik. Mereka kurang naluri pembunuh, dan saya merasakan ia bukan disebabkan oleh kualiti tetapi psikologi. Saya rasa mereka mempercayainya tetapi tidak 100 peratus, jika tidak ia malam Tottenham.”

 

Sumber: AGENSI via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*