Benitez tinggalkan Newcastle

LONDON – Rafael Benitez akan meninggalkan Newcastle United selepas kontraknya selama tiga tahun berakhir pada 30 Jun ini, selepas gagal memperoleh persetujuan membabitkan lanjutan kontrak, menurut kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Benitez, 59, begitu popular dalam kalangan penyokong Magpies dan berita tersebut mungkin mencetuskan lebih banyak pr0tes terhadap pemilik kelab, Mike Ashley.

“Ia satu berita mengecewakan kami untuk mengumumkan pengurus Rafael Benítez akan meninggalkan Newcastle United selepas kontraknya tamat pada 30 Jun 2019.

“Kami telah bekerja amat keras untuk lanjutan kontrak Rafa tetapi ia tidak berjaya dan tidak mungkin akan memperoleh perjanjian dengan Rafa dan wakilnya,” menurut kenyataan kelab tersebut.

Benitez yang pernah mengurus Liverpool dan Real Madrid menyertai Newcastle pada Mac 2016 tetapi gagal menyelamatkan pasukan itu daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Pengendali dari Sepanyol itu mengekalkan jawatannya dan kembali tiket beraksi di EPL pada musim berikutnya sebelum menamatkan saingan di liga elit itu pada kedudukan ke-10 pada 2018 dan ke-13 musim lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :AFP via utusan online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*