AC Milan diban sertai saingan kelab Eropah

AC Milan hari ini dil@rang menyertai bola sepak Eropah musim depan kerana mel@nggar peraturan kewangan yang adil, umum mahkamah utama untuk sukan, CAS.

Badan induk bola sepak Eropah, UEFA mendakwa kelab itu mel@nggar peraturan kewangan (FFP) sejak tiga musim lalu dan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) memihak kepada mereka.

“AC Milan dikecualikan daripada kejohanan kelab UEFA untuk musim 2019/2020 kerana mel@nggar peraturan FFP sejak tiga musim lalu,” kata mahkamah berkenaan.

UEFA sebelum ini mendapati gergasi Itali itu yang layak ke Liga Europa musim depan, bersalah pada Jun kerana mel@nggar peraturan kewangan yang mengehadkan kelab itu berbelanja mengikut pendapatan pada tahun berkenaan.

Bagaimanapun CAS merujuk kembali hukuman UEFA bahawa penggantungan pada peringkat Eropah adalah tidak seimbang.

Akhirnya, tindakan UEFA terhadap kelab itu dig@ntung sehingga menunggu keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini selepas persetujuan antara UEFA, kelab itu dan CAS.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*