Perak mara ke final Piala FA

IPOH – Perak mara ke perlawanan akhir Piala FA dengan agregat 4-3 selepas mengalahkan Pahang 3-0 dalam aksi separuh akhir kedua di sini.

Dalam perlawanan di Stadium Perak hari ini, pasukan tuan rumah memadamkan agregat 1-3 kepada Pahang dalam aksi separuh akhir pertama di Kuantan pada Sabtu lalu apabila menjaringkan tiga gol pada babak pertama.

Brendan Gan membuka tirai jaringan pasukan Perak pada minit ke-35 apabila menanduk tepat bola sepakan sudut Mohammad Firdaus Saiyadi.

J. Partiban menggandakan kedudukan pasukan tuan rumah dengan gol kedua pada minit ke-41 apabila menewaskan Mohd. Helmi Eliza menerusi sepakan kaki kiri selepas mendapat bola hantaran rakan sepasukan.

Kedudukan Perak terus selesa apabila pemain Pahang, Mohd. Faisal Mohd. Rosli tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan bola hantaran lintang Mohd. Nor Hakim Hassan padà minit ke-43.

Bersambung babak kedua, Pahang lebih banyak melakukan asakan namun gagal memecah kebuntuan jaringan.

Sebaliknya pemain Perak, Careca berjaya meletakkan bola ke gawang Pahang pada minit ke-83 namun jaringan tersebut dibatalkan oleh pengadil kerana ofsaid. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : MFL via UTUSAN ONLINE 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*