Rashford kekal bersama United dengan bayaran gaji yang tinggi seminggu

LONDON – Penyer4ng Manchester United, Marcus Rashford telahpun menandatangani kontrak yang menyaksikan pemain muda itu kekal bersama kelab tersebut sehingga 2023 dan menerima gaji sebanyak 200,000 pound seminggu (RM1.04 juta), hari ini.

Penyer4ng itu masih memiliki baki kontrak selama 12 bulan dan, walaupun United mempunyai pilihan menyambung perjanjian untuk 12 bulan lagi, tetapi mereka menilai Rashford sebagai produk akademi dan memiliki potensi bagi bintang masa depan.

“Kelab ini yang membentuk bakat saya, sebagai pemain pemain dan juga individu. Jadi, setiap kali saya diberi peluang menyarung jersi kelab, saya berasakan ia satu penghormatan besar kepada saya,” kata Rashford.

Barcelona berminat dengan Rashford dan dikatakan telah mengenal pasti penyer4ng England itu sebagai pengganti jangka panjang untuk Luis Suarez.

Ole Gunnar Solskjaer menjadikan Rashford sebagai penyer4ng utama sebaik d ia mengambil alih dari Jose Mourinho, Disember tahun lalu dan kelab bersedia menawarkan kontrak lumayan kepada penyer4ng itu dengan membenarkan Romelu Lukaku meninggalkan United.

Cukup jelas, Rashford berminat menjadi sebahagian daripada projek warga Norway itu dengan media England, Telegraph melaporkan, penyer4ng tersebut telahpun menurunkan tandatangannya untuk perjanjian baharu selama empat tahun.

Kontrak itu, dipercayai membolehkan Rashford menerima gaji sebanyak 200,000 pound (RM1.04 juta) seminggu dan pendapatannya itu boleh meningkat kepada 300,000 pound seminggu, jika pemain tersebut menerima beberapa insentif.

Kejayaan mengikat Rashford dengan perjanjian baharu membolehkan United menarik nafas lega sebelum terbang ke Australia, minggu depan bagi memulakan jelajah pra-musim.

Rashford dilaporkan kembali menyertai latihan pra-musim, minggu ini, selepas diberi cuti rehat tambahan kerana beraksi bersama England dalam Liga Negara-Negara Eropah. Skuad bimbingan Solskjaer akan terbang ke Perth, Australia, minggu depan di mana mereka akan berdepan Leeds United. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber: AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*