Perak buktikan gelaran King of come back

Perak membuktikan gelaran Raja Kebangkitan (King Of Comeback) yang dilabel kepada pasukan berkenaan tepat apabila menewaskan Selangor 3-2 pada aksi Unifi Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.

Biarpun dua kali ketinggalan kepada pelawat, namun kesebelasan Kejor Yeop Skor itu berjaya bangkit mel3dak gol penyamaan dan seterusnya gol kemenangan bagi meraih tiga mata berharga.

Perlawanan malam tadi menyaksikan Perak bermula g4rang sebaik wisel permulaan menerusi ser4ngan bertali arus ke gawang Selangor dalam usaha membuka jaringan.

Namun deretan peluang yang diperolehi jent3ra ser4ngan skuad The Bos Gavrus itu gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang pertahanan The Red Giants.

Sebaliknya jentera ser4ngan pelawat pula yang berjaya merob3k gawang tuan rumah menerusi jaringan pemain import Taylor Regan pada minit ke-28.

Tersentak dengan gol berkenaan, kesebelasan Perak dilihat mula bangkit mengatur ser4ngan ke gawang Selangor bagi menyamakan kedudukan.

Hasilnya pada minit ke-41, pemain import Perak, Careca berjaya memanfaatkan peluang di depan gaw@ng Selangor untuk menjaringkan gol penyamaan.

Bagaimanapun kegembiraan Perak tidak kekal lama apabila kesilapan pertahanan Perak dimanfaatkan sebaiknya oleh peny3rang import Selangor Endrick dos Santos untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke-45.

Pada masa keceder4an babak pertama, Perak dianugerahkan sepakan penalti apabila Norhakim Hassan dikas4ri dalam kotak penalti pada minit ke-48.

Pemain import Perak, Leandro Dos Santos kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti berkenaan biarpun sepakan pertamanya berjaya diselamatkan penjaga gol lawan, Khairul Azhan Khalid untuk menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 menuju ke bilik persalinan.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan menggandakan asakan bagi menambah jaringan.

Namun, Perak perlu menunggu hingga minit ke-61 Perak bagi menjaringkan gol ketiga menerusi jaringan pemain import Careca, setelah menyempurnakan lorongan cantik daripada J.Partiban.

Kedua-dua pasukan kemudiannya dilihat semakin heabt mengasak ke gawang lawan masing-masing, namun tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dihasilkan sehingga ke wisel penamat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Ayam TV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*