Kemarau 19 tahun hampir tamat

MESIR – Riyad Mahrez muncul wira Algeria apabila membantu pasukannya melakar kemenangan dramatik 2-1 ke atas juara tiga kali, Nigeria sekali gus mara ke final Piala Negara-Negara Afrika bertemu Senegal.

Algeria mendahului perlawanan menerusi jaringan sendiri William Troost-Ekong sebelum Nigeria menyamakan kedudukan menerusi penalti Odion Ighalo pada minit ke-72.

Bagaimanapun, ketika perlawanan seakan-akan diheret ke masa tambahan, Mahrez meledak gol kemenangan selepas melepaskan rembatan dari jarak jauh untuk menghantar skuad Desert Foxes ke final kejohanan buat kali pertama selepas memenanginya pada 1990.

Algeria akan bertemu Senegal pada 19 Julai ini sekali gus mengulangi perlawanan di peringkat kumpulan yang menyaksikan mereka menang 1-0/

“Kami berasa sangat gembira kerana berjaya mara ke final Piala Negara-Negara Afrika kerana ia sangat bermakna.

“Ini merupakan matlamat kami. Kami tahu ahli keluarga dan penyokong sentiasa berada di belakang kami setiap masa. Jaringan saya amat penting untuk merealisasikan impian skuad kebangsaan. Ya, ini adalah impian saya untuk ke final dan berharap kami dapat menjuarai kejohanan ini,” kata Mahrez.

Sementara itu, jurulatih Nigeria, Gernot Rohr berkata Algeria selayaknya memenangi perlawanan tersebut selepas menafikan peluang Super Eagles untuk ke final buat kali kelapan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pemain untuk semangat juang tinggi mereka. Mereka memenangi perlawanan ini di saat akhir dan mereka layak ke final. Sepakan bola mat1 yang menakjubkan telah menjadi pemisah,” katanya. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AFP via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*