Perlawanan persahabatan Malaysia vs UAE tak jadi, pasukan lain jadi pengganti

Nampaknya Harimau Malaya bakal melakukan persiapan rapi bagi menghadapi saingan pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan bermula pada bulan September nanti.

Skuad negara telah diundi bersama Indonesia, Thailand, Vietnam dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)  dalam Kumpulan G. Disebabkan undian itu, perlawanan persahabatan yang dirancang diadakan bertemu pasukan UAE bakal diubah dengan kemungkinan Yaman, Hong Kong atau Syria yang akan menjadi pengganti.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, tiga negara itu bakal menjadi pilihan kerana mereka berada dalam kumpulan yang sama dengan pasukan dari Asia Tenggara. Syria diundi bersama Filipina di Kumpulan A, Hong Kong bersama Kemboja di Kumpulan C dan Yaman diundi di Kumpulan D bersama Singapura.

“Sebelum ini (perancangan menentang UAE) dibuat kerana kita belum tahu dimana perlawanan pertama. Dengan adanya undian ini, sekarang kita boleh berhubung dengan pasukan tertentu sebelum mereka bermain di negara Asia Tenggara lain.

“Perlawanan persahabatan ini akan diadakan di sini. Terpulang kepada pasukan berkenaan tetapi saya harap mereka boleh bermain dengan kita,” kata Stuart selepas sesi undian, semalam.

Anak buah Tan Cheng Hoe akan memulakan misi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan perlawanan bertemu Indonesia di Jakarta pada 5 September nanti. Perlawanan pertama Malaysia di laman sendiri adalah pada perlawanan ketiga, bertemu Thailand pada 14 November.

 

Kredit foto: FAM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*