United bermain dengan baik tanpa Lukaku – Solskjaer

SINGAPURA: Ole Gunnar Solskjaer mengakui teruja melihat prestasi Manchester United yang beraksi tanpa kelibat penyer4ng Romelu Lukaku.

Pemain antarabangsa Belgium itu terus disisihkan bagi aksi pra-musim dengan pengurus United, Solskjaer menyatakan masalah kecergasan menjadi punca ketiadaannya bersama pasukan.

Lukaku terlepas perlawanan yang menyaksikan United menang 1-0 ke atas Inter Milan dalam kempen Piala Juara-Juara Antarabangsa di sini, semalam ketika laporan menyatakan bidaan kelab Serie A itu £54 juta (RM277.47 juta) bagi mendapatkan khidmatnya ditolak.

Ketua Pegawai Inter, Giuseppe Marotta pada awal minggu ini berkata dia ‘optimis’ kelab Itali itu akan berjaya mendapatkan khidmat pemain berusia 26 tahun itu.

Tanpa kelibat Lukaku, pemain berusia 17 tahun Mason Greenwood meled4k gol tunggal permainan menewaskan skuad kendalian Antonio Conte dan Solskjaer mengakui berpuas hati dengan persiapan skuad kendaliannya.

“Saya fikir kami bermain dengan baik tanpa Romelu, tetapi kami semua tahu dia salah seorang penyerang terbaik di dunia,” katanya.

“Kami bermain dengan cara yang berbeza, mungkin dengan Anthony [Martial], Marcus [Rashford] dan Mason.

“Sebagai jurulatih kamu perlu mengadaptasi dengan pemain-pekain yang ada. Kami akan membuat persiapan melawan Tottenham [Khamis) dan lihat siapa yang boleh bermain pada perlawanan itu.”

Solskjaer juga tidak dapat menjawab persoalan mengenai tahap kecergasan Lukaku dan sedar mengenai ketidakpuasan hati penyer4ng itu.

“Jika kamu pemain dan tidak boleh berlatih selama seminggu, dan ketika ini dia sudah terlepas tiga perlawanan berturut-turut, saya fikir dia faham.

“Dia bekerja keras untuk kembali ke bermain dan kita lihat berapa lama ia diperlukan.”

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*