Dipotong enam mata, impian FA Penang kembali ke Liga Super tidak kesampaian

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) atau dikenali sebagai Pulau Pinang menerima berita mengejutkan iaitu dipotong enam mata dalam saingan Liga Premier musim ini oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) seterusnya meleburkan impian mereka untuk mara ke saingan Liga Super, musim hadapan.

Mengikut arahan FIFA, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terpaksa mengumumkan bahawa pasukan Pulau Pinang secara serta merta dipotong enam mata dalam saingan Liga Premier 2019 menjadikan jumlah mata muktamad mereka adalah 24 mata, jatuh ke tangga ketujuh.

Hukvman daripada FIFA dikeluarkan selepas FAP gagal mengikut arahan dan tempoh masa ditetapkan Jawatankuasa Tatatertib FIFA bagi menjelaskan tuntutan rasmi daripada bekas pemain pertahanan import dari Brazil, Reinaldo Lobo yang beraksi bersama pasukan Pulau Pinang selama tiga musim dari 2015 hingga 2017.


Reinaldo Lobo ketika menentang Felcra FC pada perlawanan pramusim 2017. Foto: FAP

Pada 25 Mac 2019, FIFA telah menghantar keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang mengarahkan supaya FAP membayar kepada Reinaldo sebanyak USD90,000 bersama faedah sebanyak 5%. FIFA juga telah mengenakan d3nda tambahan sebanyak USD10,000 kerana kegagalan FAP membuat bayaran seperti yang telah diarahkan oleh NDRC FIFA. Kegagalan FAP membuat pembayaran tersebut dalam masa 30 hari akan menyebabkan pemotongan mata di dalam liga sebanyak 6 mata.

Pada 17 April 2019, FAP telah membuat pembayaran berjumlah USD92,597.72 (RM386,391.77) ke akaun bank Reinaldo. Pembayaran tersebut telah dibuat oleh FAP secara terus kepada Reinaldo tanpa melalui FAM.

Bagaimanapun pada 29 April 2019, peguam Reinaldo telah menghantar surat kepada FIFA yang memaklumkan bahawa telah menerima pembayaran daripada FAP dengan bayaran sebanyak USD92,597.72. Namun, peguam Reinaldo memaklumkan bahawa pembayaran penuh yang sepatutnya adalah sebanyak USD97,041.83 iaitu baki bayaran sebanyak USD4,444.11 lagi yang perlu dibayar oleh FAP. Salinan surat berkenaan hanya dihantar kepada FAP tanpa ia dihantar kepada FAM, sekali gus FAM tidak menerima sebarang maklumat mengenai hal tunggakan baki bayaran tersebut.

Pada 28 Jun 2019, FIFA menghantar surat kepada FAM yang memaklumkan bahawa FAP telah gagal membuat pembayaran dalam tempoh yang telah diberikan. Untuk itu, FIFA menuntut bukti pemotongan 6 mata liga dihantar kepada mereka selewat-lewatnya pada 3 Julai 2019. Di sini FAM telah pun membuat rayuan pertama dengan fakta tambahan untuk FIFA pertimbangkan iaitu mengenai berlakunya kekeliruan dalam kadar pertukaran wang asing yang mana FAP merujuk kepada kadar yang termaktub di dalam kontrak pemain manakala FIFA merujuk kepada kadar semasa.

Seterusnya pada 1 Julai 2019, FAP telah membuat baki bayaran kepada Reinaldo, namun wang tersebut mengambil masa untuk pemprosesan penghantaran ke akaun bank beliau di Brazil.

Pada 1 Julai 2019 itu juga, peguam Reinaldo telah memaklumkan kepada FIFA bahawa mereka akan memaklumkan baki bayaran tersebut sudah diterima sepenuhnya hanya apabila penghantaran wang tersebut diproses sepenuhnya ke akaun bank Reinaldo dan pada masa yang sama memaklumkan tidak mempunyai halangan sekiranya hukuman FIFA itu ditangguhkan terlebih dahulu.

Sebagai tindakan susulan, FAM telah menghantar surat rasmi kepada FIFA pada 2 Julai 2019 untuk meminta pandangan mereka serta status permohonan daripada Reinaldo sama ada hukvman tersebut boleh ditangguhkan sementara menunggu penyelesaian penerimaan baki pembayaran itu.

Pada 3 Julai 2019 iaitu tarikh sepatutnya hukvman potongan mata itu dibuat, peguam Reinaldo memaklumkan bahawa baki bayaran tersebut masih dalam proses perpindahan di dalam akaun pengadu dan tidak mempunyai halangan supaya hukvman tersebut ditangguhkan terlebih dahulu.

Hari berikutnya iaitu pada 4 Julai 2019, FAM sekali lagi telah menghantar surat rayuan kedua kepada FIFA supaya meneliti semula hukvman yang diberikan disebabkan pembayaran tersebut telah dibuat sepenuhnya dan dengan mengambil kira langkah-langkah proaktif yang telah diberikan oleh FAP dalam menyelesaikan baki tunggakan tersebut.

Pada 10 Julai 2019, peguam Reinaldo juga telah memberi pengesahan bahawa bayaran tersebut tersebut sudah pun diselesaikan sepenuhnya dan memohon supaya k3s ini ditutup dan tindakan tatatertib terhadap FAP dibatalkan.

Namun pada 17 Julai 2019, FAM telah menerima surat daripada FIFA yang memaklumkan bahawa hukvman pemotongan enam mata terhadap FAP itu perlu dibuat selewat-lewatnya sebelum 22 Julai 2019 kerana walaupun pembayaran telah diselesaikan sepenuhnya akan tetapi FAP telah melanggar perintah FIFA yang mengarahkan pembayaran penuh perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan asal. FAM sekali lagi pada 18 Julai 2019 telah pun membuat rayuan ketiga kepada FIFA.


Pasukan Pulau Pinang menduduki tangga ke-3 Liga Premier 2019. Pemotongan mata ini akan menyebabkan mereka jatuh ke tangga ke-7 dengan 24 mata. Foto: MFL

Tetapi hari ini, hari terakhir untuk membuat potongan mata seperti diarah oleh FIFA dan dengan rayuannya didapati masih tidak diterima FIFA, FAM pada hari ini terpaksa juga memajukan surat arahan daripada FIFA tersebut kepada Malaysian Football League (MFL) untuk badan pengendali Liga Malaysia itu mengeluarkan surat rasmi pemotongan enam mata kepada pasukan Pulau Pinang dalam saingan Liga Premier 2019.

Meskipun FAM telah mengemukakan tiga rayuan kepada FIFA, FAM sedikit kesal kerana FIFA tetap bertegas mahu hukvuman pemotongan mata itu dilakukan sedangkan FAP sudah menyelesaikan bayarannya yang mana disebabkan prosedur kadar tukaran mata wang asing dan proses pemindahan wang ke akaun luar negara menyebabkan berlaku sedikit kelewatan.

Dalam hal ini, FAM amat bersimpati dengan FAP dan pada masa sama tetap menghargai usaha yang dilakukan oleh pengurusan baharu FAP untuk cuba menyelesaikan juga kes lama ini dengan berjaya membayar sebanyak USD97,085.05 yang membabitkan tunggakan gaji akibat kecuaian pengurusan lama mengurus kes bekas pemain importnya itu.

Namun hanya akibat sedikit kesilapan dalam menyemak kadar tukaran mata wang asing mengikut kadar semasa dan kelewatan proses menyelesaikan baki tuntutan sebanyak USD4,444.11, mereka telah menerima hukvman daripada FIFA ini.

Foto: FA Penang

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : F0xSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*