[VIDEO] Gol menakjubkan Kane benam Juventus

SINGAPURA: Harry Kane menjaringkan gol menakjubkan pada minit ke-93 dari tengah padang ketika Tottenham Hotspur mengatasi Juventus 3-2 pada saingan persahabatan di sini, hari ini.

Kapten England yang menerima hantaran Lucas Moura itu menyepak tinggi mengatasi penjaga gol gantian, Wojciech Szczesny ketika Spurs mengatasi skuad kendalian jurulatih baharu, Maurizio Sarri di Stadium Nasional.

“Ia mungkin gol terbaik dalam karier saya. Saya melihat penjaga gol selalu keluar dari garisan dan saya rasa jika ada peluang saya akan mencuba dan ia masuk,” kata Kane.

Skuad muda Spurs mendominasi babak pertama ketika Juventus bergelvt untuk menyesuaikan diri dengan taktik “Sarri-ball” yang bermain dari belakang bersama hantaran pendek dan pantas.

PEMAIN Tottenham Hotspur, Harry Kane meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Juventus pada aksi persahabatan di Singapura, hari ini. – Foto Reuters
 

Jarang membawa bola ke atas, Juventus mendapati mereka terpaksa bertahan selepas hilang bola ketika Spurs memberi tekanan dan pasukan Liga Perdana itu berhak mendahului pada setengah jam pertama.

“Ia perlawanan yang bagus, sangat kompetitif. Secara jujur kami masih kurang bersedia dan tidak merancang bermain begini terlalu awal pada pramusim.

“Kami masih berharap untuk memberikan sebahagian pemain lebih banyak rehat selepas kempen yang panjang,” kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino. – AFP

PEMAIN Tottenham Hotspur, Harry Kane. – Foto Reuters
 

VIDEO:  

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*