Trio Brazil sedia gempur Kedah

IPOH – Tiga pemain import dari Brazil sedia untuk membantu Perak membawa pulang Piala FA selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 2006.

Penyer4ng Ronaldo Henrique Silva, Raianderson da Costa Morais atau Careca dan pemain tengah, Leandro dos Santos melaungkan keazaman untuk menggempur kubu pasukan Kedah pada perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini.

Menurut Ronaldo, dia menyandarkan prestasi semasanya yang telah menjaringkan lapan gol dalam 12 perlawanan bersama Perak.

Katanya, dia akan menggunakan kelebihan bermain dengan dua lagi rakan senegaranya untuk meled4k gol.

“Walaupun kami tidak pernah bermain bersama sebelum ini, namun, keserasian antara saya dan Careca dibantu Leandro di bahagian tengah banyak membantu menghasilkan jaringan buat pasukan.

“Pemain lawan juga tidak faham pertuturan antara kami yang bercakap dalam bahasa Portugis. Tidak lupa juga rakan-rakan sepasukan lain yang banyak memberikan kerjasama sebagai sebuah pasukan,” katanya.

Mengenai pasukan Kedah, Ronaldo menyifatkan Kedah mempunyai corak permainan yang bagus.

“Namun saya hanya mahu memberi fokus kepada aksi di atas padang, bagaimana untuk mengatasi benteng pertahanan mereka,” katanya. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*