Video Bale tiba Di China jadi tanda tanya adakah beliau benar-benar tingggalkan Real

Gareth Bale semakin hampir meninggalkan Real Madrid untuk menyertai kelab China, Juangsu Suning dengan kontrak selama tiga tahun.

Malah tular di media sosial menunjukkan pemain itu sudah pun sampai di China – walaupun sejauh mana kebenaran video tersebut tidak boleh dipastikan.

Sumber dalaman dari kem pemain itu bintang antarabangsa Wales itu berkata perpindahan tersebut belum lagi disahkan, namun ianya semakin hampir.

Sebelum ini pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane berkata bekas pemain sayap Tottenham Hotspur itu ‘sangat hampir’ untuk meninggalkan Los Blancos, setelah Bale tidak diturunkan untuk perlawanan persahabatan kepada Bayern Munich.

Malah Zidane menganggap kenyataannya itu adalah langkah terbaik untuk semua pihak.

Walaupun Bale diturunkan untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan seterusnya ketika menentang Arsenal, Zidane menganggap ia tidak mengubah sebarang pendirian yang telah diberikan sebelum ini.

Bale turut beraksi dari bangku pemain simpanan ketika Real dibelasah 7-3 oleh Atletico Madrid baru-baru ini – yang seakan-akan penampilan terakhir pemain itu sebagai pemain Los Blancos.

Bale menyertai Real dari Tottenham pada 2013 dengan nilai perpindahan rekod dunia £85 juta pada ketika itu.

Pemain tersebut masih mempunyai baki kontrak selama tiga tahun di Bernabeu, dan dalam tempoh tersebut telah menjuarai satu kejuaraan La Liga, empat kejuaraan Champions League, tiga UEFA Super Cup dan tiga kejuaraan kelab dunia.

Masalah keceder4an turut menghantu1 pemain tersebut sepanjang kariernya bersama Real Madrid.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*