Kedah julang Piala FA 2019

BUKIT JALIL: Sentuhan pertama pemain gantian Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam sebaik dimasukkan memastikan kemenangan 1-0 Kedah ke atas Perak pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kejayaan itu bukan saja mengulangi kejayaan musim 2017, tetapi skuad Helang Merah kini bergelar pasukan paling berjaya dalam kempen Piala FA bersama Selangor dengan merangkul trofi berkenaan sebanyak lima kali.

Kejuaraan itu juga memastikan permulaan cemerlang buat pengendalinya, Aidil Sharin Sahak dalam musim pertamanya di Liga Malaysia (Liga M).

Ketika juara seakan ditentukan menerusi sepakan penalti, keputusan Aidil memasukkan Mohd Fadzrul Danel di akhir babak pertama masa tambahan ternyata tepat selepas pemain 21 tahun itu melakar nama selaku wira pasukan.

Minit ke-63, Kedah sepatutnya sudah membuka jaringan tetapi sepakan lemah Muhammad Farhan Roslan selepas melepasi perangkap ofsaid mudah ditangkap kemas Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Minit ke-70, Ronaldo berjaya menewaskan penjaga gol Kedah Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim namun tolakannya sempat dipintas pertahanan lawan dan dakwaan bola terkena tangan pemain Kedah langsung tidak dilayan pengadil perlawanan, Takuto Okabe.

Dalam masa tambahan babak kedua, Muhammad Hafizul Hakim dua kali mempamerkan aksi tangkas dan tempoh empat minit yang dilanjutkan itu jelas per1t buat Perak apabila turut kehilangan pertahanannya, Amirul Azhan Aznan ekoran layangan kad merah.

Kemasukan Mohd Fadzrul Danel menggantikan David William Rowley jelas membuahkan hasil selepas pemain gantian itu meled4k gol pertama Kedah pada minit ke-105.

VIDEO:

Sumber: BH / MFL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*