Solskjaer terpaksa temui Woodward demi Maguire

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Ketua Pegawai Eksekutif United, Ed Woodward bagi membincangkan ‘1su krit1kal’ terutama mengenai pembelian Harry Maguire susulan kecederaan Eric Bailly. 

Bailly terpaksa diketepikan lebih lima bulan susulan keceder4an lutut ketika membantu United menang ke atas Tottenham dalam perlawanan pra musim di China minggu lalu.

Difahamkan, Solskjaer kini terpaksa menemui Woodward bagi membawa masuk segera Maguire ke Old Trafford bagi mengemudi bahagian tengah selepas ketiadaan Bailly.

Dalam pada itu, pengendali dari Norway itu gembira dengan prestasi diperagakan United dalam aksi persahabatan di Kristiansund, kelmarin.

Namun dia suram apabila melihat tahap keceder4an dialami pemain pertahanan kelahiran Ivori Coast itu.

“Bailly akan terlepas peluang terbaiknya selama lima bulan, harapnya kita akan dapat khidmatnya sekitar Krismas nanti,” katanya.

“Berita baik diterima dari pasukan pembed4han bahawa semua keceder4an sudah dirawat dan keadaan dia kembali baik.”

Solskjaer kini terdesak mengukuhkan barisan pertahanannya untuk berdepan cabaran musim baru dan Maguire dilihat calon paling berpotensi mengisi posisi berkenaan.

Begitupun, majikan Maguire, The Foxes mahukan bayaran lebih £75 juta (RM405 juta) bagi mengatasi rekod Liverpool ketika mendapatkan Virgil van Dijk. 

Setakat ini, rundingan United itu berdepan kebuntuan namun kecederaan Bailly dijangka menjadi alasan kuat untuk pihak pengurusan Red Devils meneruskan rundingan.

 

Sumber: Agensi via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*