LONDON – Pengendali Chelsea, Frank Lampard gembira dengan aksi Christian Pulisic ketika dia membantu The Blues menang 5-3 dalam aksi persahabatan menent4ng Salzburg.
Bintang Amerika Syarikat (AS) itu beraksi cemerlang dengan meled4k dua jaringan selain menghadiahkan penalti kepada The Blues yang kemudiannya disempurnakan Ross Barkley.
Prestasi semasa Pulisic di kawasan gol sangat memberangsangkan dan Lampard teruja dengan persembahan bekas pemain Borussia Dortmund itu.
“Saya kagum dengan cara dia menjaringkan gol. Sebagai pemain sayap di Liga Perdana Inggeris, dia perlu segera menyesuaikan diri.
“Dia masih muda tetapi berpotensi besar dan saya gembira dengannya,” kata Lampard.
Pedro turut meletakkan nama selaku penjaring bersama Michy Batshuayi dalam perlawanan itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya
Sumber : AGENSI via BH
Leave a Reply