‘Jurulatih seperti ini yang saya mahukan’ – Lukaku

LONDON – Romelu Lukaku menyanjungi hubungannya dengan jurulatih Antonio Conte selepas menjaringkan gol bagi membantu Inter Milan menang 2-0 ke atas pasukan jiran AC Milan dalam saingan Serie A.

Bekas pemain Manchester United itu meraih motivasi tinggi daripada Conte, yang telah membimbing Inter menang empat perlaw4nan berturut-turut dalam kempen Serie A.

Inter dilihat lebih baik berbanding Milan dalam aksi derby itu, menyaksikan skuad bimbingan Conte menang menerusi jaringan Marcelo Brozovic dan Lukaku.

Gol Inter juga dinafikan tiang sebanyak tiga kali selain beberapa percubaan tepat berjaya dihalang penjaga gol Milan, Gianluigi Donnarumma daripada bocor dengan lebih banyak.

Bagi Lukaku, kemenangan tersebut merupakan kebangkitan sempurna selepas seri dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara menent4ng Slavia Prague, Selasa lalu.

“Hubungan saya dengan Conte sangat utuh. Dia adalah jurulatih yang banyak membantu saya. Pada usia 26 tahun, saya mahukan jurulatih seperti ini, yang memberi motivasi dan membantu saya setiap hari.

“Saya sangat gembira berada di sini dan dapat bekerjasama dengannya. Perlaw4nan ini sangat penting bagi kami untuk membolehkan kami mengutip tiga mata.

“Aksi menent4ng Slavia Prague amat sukar, namun kami kini telah bersedia dan mahu memberikan yang terbaik,” kata Lukaku.- AGENSI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*