Anfield penentu masa depan Ancelotti

MILAN: Napoli bertandang ke Liverpool esok untuk saingan Liga Juara-Juara yang bakal menentukan masa depan Carlo Ancelotti bersama kelab Itali bermasa1ah itu.

Pengendali yang mengumpul tiga kejuaraan Liga Juara-Juara berada pada musim keduanya di Stadio San Paolo yang terbukti cukup rumit, selepas membawa mereka muncul naib juara Serie A dalam tahun pertamanya.

Napoli bermula baik dalam kempen Liga Juara-Juara apabila menang 2-0 ke atas juara bertahan, Liverpool, walaupun terdapat masalah dalam bilik persalinan dan persel1sihan antara pemain dan pengurusan kelab.

Napoli di landasan terbaik untuk layak ke pusingan kalah mat1 Liga Juara-Juara apabila kini menghuni tangga kedua Kumpulan E di belakang Liverpool, empat mata di depan Salzburg di tangga ketiga dengan dua perlawnan berbaki.

Mereka akan mara sekiranya mampu menewaskan Liverpool atau jika Salzburg tidak menang ke atas Genk, selepas gagal mara melepasi peringkat kumpulan musim lalu.

Namun cabaran berdepan Liverpool yang kini mendahului Liga Perdana Inggeris dengan jurang lapan mata ke atas pesaing terdekat dan kekalahan tunggal mereka musim ini hanya di Sao Paolo – sudah pasti menjadi lebih sukar.

Lebih mencabar lagi apabila Napoli terpaksa turun tanpa kelibat kapten mereka, Lorenzo Insigne yang ceder4 di bahagian siku Sabtu lalu.

Penyer4ng Itali itu sudah meled4k lima kali buat Napoli musim ini, dan turut menjaringkan gol kemenangan ke atas Liverpool ketika kemenangan 1-0 di Naples musim lalu.

Ancelotti merangkul tiga trofi Liga Juara-Juara ketika bersama Milan, Real Madrid dan trofi Liga Perdana Inggeris ketika bersama Chelsea.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*