Luqman Hakim akhirnya bersuara punca aksi longlai berdepan Myanmar

Hasrat skuad bawah 22 tahun negara (B-22) untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawnan pertama acara bola sepak lelaki temasya Sukan SEA 2019 tidak menjadi kenyataan apabila mereka terikat 1-1 dengan Myanmar di Stadium Memorial Rizal semalam.

Beraksi di atas rumput tiruan ternyata memberi kesukaran kepada anak buah Datuk Ong Kim Swee untuk mempamerkan corak permainan sebenar kerana kelajuan serta lantunan bola tidak sama seperti bermain atas rumput asli.

Perkara itu diakui sendiri oleh penyer4ng skuad negara, Luqman Hakim Shamsudin yang berpendapat padang tiruan di Stadium Memorial Rizal sangat berbeza berbanding padang tiruan yang terdapat di Malaysia.

“Saya memang tidak berpuas hati dengan aksi saya, terdapat kekurangan. Saya selalunya akan menghadapi kesukaran dalam perlawnan pertama. Mungkin pada perlawnan seterusnya saya boleh baiki kelemahan saya jika diberi kepercayaan.

“Beraksi di padang tiruan juga boleh memberi kesan, kerana bola laju sikit sebab kita tak biasa dengan padang di sini. Sebelum ini dah berlatih di turf, tetapi padang ini lebih licin dan bola lebih laju, memberi sedikit halangan kepada kita,” katanya seperti dipetik dalam Bernama.

FOTO: FAM

 

Dalam perlawnan itu, Myanmar terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui tandukan Kyaw Soe Moe pada minit ke 13 hasil sepakan sudut yang diambil oleh Hlaing Bo Bo.

Tersentak dengan jaringan itu, Malaysia cuba bangkit mengatur gerakan tetapi Myanmar terus memberi tekanan kepada benteng pertahanan yang diketuai oleh Adam Nor Azlin dan nyaris menghvkum kesilapan penjaga gol negara, Haziq Nadzli.

10 minit kemudian, kem skuad negara kembali ceria apabila Hadi Fayyadh menyamakan kedudukan apabila memanfaatkan peluang terhidang dengan menanduk masuk bola hantaran Akhyar Rashid dari sebelah kiri.

Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawnan dan waktu rehat selama tiga hari perlu dimanfaatkan oleh skuad Malaysia untuk memperbaiki segala kelemahan sebelum dijadualkan bertemu tuan rumah, Filipina pada hari jumaat ini di venue yang sama.

Hanya dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*