Hadin Azman bakal sarung jersi Pasukan Kedah musim depan?

Bekas kapten Felda United, Hadin Azman dikhabarkan bakal menyertai juara Piala FA musim ini iaitu Kedah menurut laporan daripada Stadium Astro. Skuad Helang Merah juga turut dikatakan telah memancing beberapa pemain bintang seperti Irfan Zakaria, Jafri Firdaus Chew dan penjaga gol, Sharil Saari.

Bagaimanapun, Hadin enggan mendedahkan nama pasukan baharunya dan tekad bangkit pamerkan prestasi yang hebat pada musim depan untuk memburu tempat dalam skuad Harimau Malaya.

“Saya sudah bersedia (untuk bersaing) kerana sedar ada nama-nama besar di sana (pasukan baharu).

“Saya cuma perlu berikan yang terbaik untuk dapatkan kepercayaan jurulatih, saya harap dapat bantu pasukan baru pada tahun depan,” katanya.

Sumber gambar: FAM

 

Sepanjang 5 tahun beraksi bersama Felda United, pemain berusia 25 tahun ini menampilkan prestasi yang memberangsangkan dimana sehingga dipanggil oleh Tan Cheng Hoe menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan.

Hadin juga sempat beraksi dalam kejohanan Piala Airmarine dan perlawnan persahabatan antarabangsa menentng Jordan pada bulan September lalu.

Namun begitu, namanya digugurkan dalam skuad kebangsaan setelah gagal menunjukkan prestasi yang diharapkan ketika perlawnan pertama kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentng Indonesia di Jakarta.

“Memang sukar untuk menempatkan diri dalam pasukan kebangsaan ketika ini, ia pasukan terbaik untuk kempen kelayakan Piala Asia 2023.

“Ia persaingan yang sihat, setiap pemain perlu tonjolkan sentuhan yang lebih istimewa untuk pikat Tan Cheng Hoe. Insya-Allah tahun depan saya cuba berikan aksi yang lebih baik dalam usaha memikat hatinya,” jelasnya.

Kedah dijangka akan mengumumkan senarai pemain baharu yang menyertai pasukan itu pada petang ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*