Tidak mahu dilabel penumpang, Nasir Basharudin mahu bantu Terengganu FC buru kejuaraan

Pemain tengah bertahan, Mohamad Nasir Basharudin yang merupakan rekrut terbaharu Terengganu FC (TFC) tidak mahu kehadirannya dilabel sebagai penumpang buat skuad Penyu itu.

Pada 13 November lalu, TFC telah mengumumkan kehadiran Nasir dan bekas pemain Felda United FC, Mohammad Arif Fadzilah bin Abu Bakar menyertai kelab tersebut.

Nasir yang memilih untuk berkelana ke Pantai Timur selepas sembilan tahun berbakti bersama pasukan negeri kelahirannya, Perak turut berazam untuk membantu Terengganu FC dalam mencapai kejayaan pada musim 2020.

Nasir Basharudin bersama ketua jurulatih, Nafuzi Zain dan penolong pengurus Terengganu FC.

 

”Semestinya keputusan yang dibuat ini cukup berat kerana jiwa saya sudah sebati dengan pasukan Perak. Saya juga berniat untuk kekal lama di sini sekaligus menamatkan karier bersama Perak.”

”Tetapi sebagai pemain profesional apabila mendapat makluman bahawa saya tiada dalam perancangan pasukan untuk menghadapi musim baru, saya perlu menerima keputusan tersebut dan mengubah haluan dalam usaha mengembangkan lagi karier.”

”Ia merupakan asam garam bagi pemain bola sep4k. Selepas sembilan tahun, kini saya menginginkan cabaran baru bersama Terengganu FC pula.”

”Saya tidak mahu dilabel sebagai penumpang dan pastinya akan bekerja keras untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan.”

”Selain itu, saya turut berazam untuk membantu TFC dalam misi memburu piala di semua kejohanan yang disertai,” ujar pemain berusia 29 tahun itu bercakap kepada wakil SemuanyaBOLA.

Kredit foto: Terengganu FC

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*