Pahang tidak sambung kontrak penye rang Muda, R.Kogileswaran

Pasukan Pahang kehilangan seorang lagi pemain menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila Persatuan BolaSepak Negeri Pahang (PBNP) tidak menyambung kontrak penye rang muda, R.Kogileswaran.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Kogi menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi miliknya dimana penye rang skuad B-22 tahun negara itu menjelaskan Pahang membuat keputusan untuk melepaskan beliau.

“Empat tahun yang sangat hebat bersama pasukan Pahang dan saya menikmati setiap saat saya berada di sini. Pahang memutuskan untuk melepaskan saya dan apa sahaja faktor di sebalik keputusan itu, saya tidak pernah menyesal beraksi bersama pasukan ini.

“Bukan satu keputusan yang mudah untuk meninggalkan Pahang lebih-lebih lagi peminat yang saya anggap terbaik di Malaysia. Terima kasih kepada semua pihak dan saya harap dapat kembali untuk menyarung jersi pasukan Pahang pada masa akan datang,” kata Kogi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Its a been a amazing 4 years journey with @officialpahangfa…ive always enjoyed each and every seconds with this great team…PAHANG FA has decided to release me…whatever the reason are, ive never regretted playing for the team of my dreams since i was young!…its not an easy decision leaving a club such as Pahang Fa… expecially leaving the best supporters in MALAYSIA…Thank you so much to the fans who was always behind our team expecially ELEPHANT ARMY ultras…this is not the end, and i hope i will return wearing the TOK GAJAH jersey in future!…looking forward for the 2020 season…all the best TOK GAJAH…MY HEART WILL ALWAYS REMAIN IN DARUL MAKMUR!

A post shared by Kogi Raj (@kogiraj1021) on

Sumber Gambar: FAM

 

R.Kogileswaran merupakan graduan daripada program Frenz United dimana beliau mula beraksi bersama Pahang sejak musim 2016 lalu selepas beraksi bersama skuad Harimau Muda.

Akan tetapi, pemain berusia 22 tahun itu sentiasa memanaskan bangku simpanan dimana ketua jurulatih pasukan, Dollah Salleh lebih gemar untuk menggunakan khidmat pemain import di bahagian sera ngan.

Masih belum jelas mengenai destinasi Kogi bagi menghadapi saingan musim 2020. Kogi dilihat mampu untuk memperkuatkan barisan seran gan pasukan Liga Malaysia kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas meskipun berusia muda.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*