Ketiadaan Brendan Gan, Leandro sedia bergandingan bersama Kenny & Firdaus Saiyadi

Ketiadaan Brendan Gan dalam pasukan Perak pada saingan Liga Malaysia 2020 kelak sama sekali tidak memberikan masalah kepada pasukan Perak.

Selain pemain kacukan Malaysia-Australia itu, pemain sayap Perak, Norhakim Hassan turut mengambil keputusan untuk meninggalkan skuad The Bos Gaurus dan berhijrah ke Selangor bersama Brendan Gan.

Bagi pemain import Perak, Leandro dos Santos, pemergian pemain daripada sesebuah pasukan adalah lumrah dalam sukan bolasepak dan beliau juga sedia berentap menen tang kedua-dua pemain tersebut apabila bertemu dalam padang kelak. 

“Mereka merupakan pemain yang hebat, profesional dan sangat komited, tetapi dalam bolasepak, pemain datang dan pergi. 

“Saya doakan kejayaan buat Brendan dan Norhakim. Kami merupakan kawan, tetapi apabila bertemu mereka, saya lihat mereka sebagai seteru.” kata Leandro seperti dipetik daripada The Star.

Mengulas mengenai persiapan pramusim Perak, segalanya sedang berjalan dengan baik di mana ketika ini meraka sedang menumpukan perhatian untuk mendapatkan tahap kecergasan tertinggi setelah pulang daripada bercuti tempoh hari.

“Persediaan pramusim berjalan dengan baik, kami mempunyai jurulatih kecergasan yang cemerlang, Sam (Pakiaraj) yang memastikan kami berada dalam tahap terbaik.” tambahnya.

Ketiadaan Brendan bakal menyaksikan Leandro mempunyai gandingan baharu di posisi tengah Perak pada musim depan. Antara nama-nama yang bakal bergandingan dengannya ialah Kenny Palraj dan Firdaus Saiyadi.

Pemain yang pernah menyarung jersi T-Team FC dan Selangor ini tiada masalah buatnya untuk bergandingan dengan sesiapa pun. Semuanya bergantung kepada arahan dan pilihan ketua jurulatih, Mehmed Durakovic.

“Saya pernah bermain dengan Kenny sebelum ini, sementara Fie (Firdaus) muda dan bersemangat tinggi. Kedua-dua pemain mempunyai kualiti baik.

“Bagi saya, jika kamu bekerja keras dan sentiasa menumpukan perhatian semasa latihan, kamu akan dipilih. Bila-bila sahaja jurulatih memilih kamu, berikan yang terbaik.” ujar pemain berusia 33 tahun ini lagi.

Pada masa yang sama, Leandro turut mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa pasukan Perak mampu membawa cabaran saingan musim baharu yang akan bermulan pada 28hb februari tahun depan.

Walaupun pasukan The Bos Gaurus tidak melakukan ‘big singning’ sebagaimana beberapa pasukan Liga Super yang lain, Leandro percaya beberapa bakat muda yang akan dipertaruhkan mampu memberikan impak kepada pasukan Perak.

“Kemenangan dan kejayaan yang kami capai pada masa lalu hasil daripada kerja keras dan dedikasi.

“Kami sudah bersedia, kami menumpukan sepenuh perhatian dan teruja (menantikan) musim 2020.

“Banyak pasukan bagus (saingan) Liga Malaysia melakukan pelaburan yang signifikan, tetapi di Perak, kami percaya kepada kesinambungan dan bakat-bakat yang berada dalam negeri ini.

“Kebanyakan kami telah bermain bersama, tiada persoalan mengenai keserasian. Bagi saya, saya yakin pasukan (Perak) akan melalui tahun yang hebat.” kata Leandro.

Foto: Perak TBG

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*