Selangor II bakal gunakan khidmat pemain import

Pasukan pembangunan, Selangor II membuat pusingan U apabila memutuskan untuk menggunakan khidmat pemain import dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini disuarakan oleh Setiausaha Agung Persatuan BolaSepak Selangor (FAS) Dr Johan Kamal Hamidon dimana beliau menegaskan Pengarah Teknikal FAS, Michael Fecteinbeiner berpendapat kelibat seorang awang import mampu untuk mengetuai barisan muda Selangor II.

Sumber Gambar: FA Selangor

 

“Kemasukan pemain import ini bukan untuk kami memenangi saingan liga tetapi bagi memastikan Selangor II tidak tersingkir ke Liga M3.

“Kami mahu pastikan pemain muda berada di tahap kejohanan setinggi mungkin. Insya-Allah kami akan membawa masuk seorang pemain import untuk kekal bersaing,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Sumber Gambar: Stuttgarter Zeitung

 

Pada masa yang sama, Dr Johan menambah kini Selangor II sedang mencari pemain tempatan berpengalaman untuk memperkukuhkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Perdana.

“Untuk skuad utama, kami yakin sudah memiliki pemain yang diinginkan. Untuk Selangor II, mungkin ada penambahan secara dalaman kerana saya rasa kami ada ramai pemain berbakat,” ujarnya.

Sebelum ini, FAS mempunyai pendirian tidak menggunakan khidmat pemain import dalam pasukan Selangor II dimana mereka mahu memberi lebih peluang kepada pemain muda tempatan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*