Empat pemain muda negara berpeluang beraksi bersama Fagiano Okayama

Empat pemain muda negara berpeluang untuk beraksi dalam saingan Liga Jepun apabila Fagiano Okayama berminat untuk mengambil khidmat pemain Malaysia pada masa akan datang.

Fagiano telah melancarkan program klinik bolasepak akar umbi dimana program tersebut telah dijalankan di Stadium Batu Kawan, Stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu, Majls Sukan Negara dan Stadium Hang Tuah.

Berdasarkan program tersebut, empat pemain di bawah usia 12 tahun akan dipilih dan menurut Hiroshi Hamada yang juga merupakan penganjur bersama, beliau melihat program tersebut mendapat sambutan yang baik dari kalangan ramai pihak.

Sumber Gambar: Yakult

 

“Sambutan yang di terima cukup menggalakkan di mana lebih dari 3,400 pemain muda dari seluruh negara mendaftarkan bagi menyertai program ini.

“Cuma kami hanya mengambil seramai 200 orang di setiap lokasi. Mungkin tahun depan jumlah ini akan kami tingkatkan.

“Pemain muda negara dilihat berbakat besar. Perkara ini diakui juga oleh jurulatih Fagiano yang menjalankan program ini di mana mereka melihat bakat yang menarik di setiap lokasi,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Hadi Fayyadh ketika ini beraksi bersama Fagiano. Sumber Gambar: Sukan Sinar

 

Ketika ini, penye rang skuad B-22 tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak beraksi bersama Fagiano dimana beliau baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab yang beraksi dalam saingan J2 itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*