TFC perkukuh bahagian sera ngan, sambar khidmat D. Saarvindran

Terengganu Football Club (TFC) dilihat memperta jamkan lagi unit sera ngan mereka dengan menyambar khidmat pemain sayap menye rang, D. Saarvindran menjelang saingan Liga Malaysia 2020.

Kemasukan bekas pemain reserved club, Johor Darul Ta’zim (JDT) II itu diumumkan secara rasmi oleh TFC menerusi laman sosialnya.

Sebelum ini, pemain berusia 27 tahun itu dilihat mengikuti sesi latihan skuad TFC selepas dilepaskan oleh JDT II. 

Nampaknya, kesungguhan Saarvindran yang juga bekas pemain Harimau Muda dan Pahang ini telah menarik minat ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain untuk menandatanganinya.

Ia jelas bakal memberikan jurulatih berusia 41 tahun itu lebih pilihan dalam membentuk kesebelasan utama TFC untuk mengharungi saingan musim depan.


Foto: TFC

“Nafuzi menyatakan beliau berharap kehadiran Saarvindran bukan sahaja diharapkan dapat membantu pasukan, namun beliau mengharapkan pemain ini dapat kembali dengan prestasi terbaik beliau apabila bersama pasukan ini kerana pemain ini antara prospek utama pasukan negara sebelum ini.” kata kenyataan TFC.

Ketika ini, skuad TFC sudah memiliki sekitar empat ke lima orang pemain yang mampu bermain di posisi sayap menye rang mahupun penye rang sisi di kedua-dua belah bahagian.

Pemain kebangsaan Singapura, Faris Ramli dan pemain muda, Azalinullah Alias antara pemain yang boleh beraksi di belah sayap atau sisi kiri. Tidak dilupakan pemain lincah, Faiz Nasir juga mampu beraksi di posisi tersebut.


Rahmat Makasuf. Foto: TFC

Sementara itu, di bahagian sayap atau sisi kanan, Rahmat Makasuf antara pemain yang sudah digilap kebolehannya oleh Nafuzi Zain pada musim 2019 untuk bermain di posisi tersebut selain kelibat D. Saarvindran yang baru diumumkan selaku pemain TFC pada hari ini.

Pada musim 2019, D. Saarvindran antara watak utama yang membawa JDT II menjulang trofi Piala Cabaran 2019 mengatasi UKM FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Di samping itu, beliau turut membantu skuad simpanan JDT merangkul naib juara Liga Premier 2019.

Foto: Terengganu Football Club

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*