Hanya pemain import bawah 28 tahun dibenarkan beraksi dalam Liga Malaysia – Bakri Ibni

Baru-baru ini pemerhati bolasepak tempatan menyifatkan saingan Liga Malaysia pada musim 2020 mungkin berlangsung dalam suasana hambar berbanding musim lepas berikutan kekurangan pemain import yang berkualiti untuk bersaing dengan pemain tempatan.

Mengulas mengenai 1su tersebut, bekas pemain skuad kebangsaan pada era 80an iaitu Bakri Ibni berkata dalam Arena Metro mencadangkan agar badan pentadbir liga (Malaysian Football League) mengetatkan peraturan mengenai kemasukan pemain import supaya dapat meningkatkan corak permainan Liga Malaysia.

“Saya harap kalau boleh ketatkan sikit peraturan. Letaklah umur pemain pada had 28 tahun saja berbanding sekarang sampai ada yang umur 30 lebih pun main dalam liga kita,” katanya.

Bakri Ibni. FOTO: Perak Today

 

Menurut Bakri, corak permainan beberapa pasukan Liga Malaysia masih di takuk lama kerana gemar menggunakan khidmat pemain import ‘kitar semula’ yang tidak membantu meningkatkan kualiti pemain tempatan.

“Liga M sudah menuju ke arah liga profesional dan mula dilihat oleh mata luar terutama selepas kejayaan JDT (Johor Darul Ta’zim) beraksi di ACL (Liga Juara-Juara Asia) musim ini. Tapi hakikatnya liga kita masih lagi tidak berkembang dari segi tahap permainan kerana kebanyakan pemain import yang ada adalah pemain sama.

“Kita kena ingat, apa objektif sebenar kemasukan pemain import dalam liga kita. Objektifnya adalah membantu meningkatkan kualiti pemain Malaysia sebab itu dibenarkan kehadiran pemain asing.

“Tapi kalau asyik pemain sama saja, macam mana pemain kita nak belajar sesuatu daripada mereka (pemain import). Sepatutnya pemain yang dibawa mestilah berkualiti atau lebih baik daripada pemain sedia ada,” jelasnya.

Saingan Liga Malaysia musim 2020 akan membuka tirainya pada 20 Februari 2020 melibatkan perlawnan Piala Sumbangsih di antara JDT menentng Kedah di Stadium Sultan Ibrahim.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*