Bojan Hodak dilantik ketua jurulatih baharu PSM Makassar

Kelab divisyen 1 Liga Indonesia, PSM Makassar hari ini mengumumkan Bojan Hodak sebagai ketua jurulatih baharu untuk musim depan. Pengendali dari Croatia itu akan menggantikan tempat Darije Kalezic yang memutuskan untuk meletak jawatan sebaik sahaja tamat saingan liga musim 2019.

Bojan Hodak diperkenalkan kepada media di kediaman CEO PSM Makassar, Munafri Arifuddin dan turut diumumkan melalui laman sosial rasmi kelab tersebut.

Hodak bukanlah nama asing bagi peminat bolasepak di Indonesia kerana beliau pernah melatih pasukan Malaysia bawah 19 tahun (B-19) menewaskan skuad garuda muda di perlawnan akhir kejohanan AFF B-19 pada tahun lalu. 

Pengalaman luas yang dimiliki oleh Hodak ketika melatih pasukan JDT, Kelantan dan Pulau Pinang dita gih bagi membantu PSM Makassar meraih pelbagai kejayaan pada tahun depan.

“Antara beberapa kriteria jurulatih yang kita mahu rekrut ialah orangnya mestilah faham tentang bolasepak Asia Tenggara, memiliki pengalaman di AFC dan akhirnya Bojanlah orangnya yang dipilih untuk melatih PSM,” kata Munafri.

Munafri turut mengesahkan Bojan Hodak telah menandatangani kontrak selama 1 tahun dan meletakkan sasaran untuk menjuarai Liga 1 dan juara kumpulan dalam kejohanan AFC Cup pada tahun 2020.

“Kami sudah bertemu dan tanda tangan kontrak di Surabaya, beliau akan tiba di Makassar pada 5 Januari nanti, sekarang dia masih bercuti,” tambahnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*