Perak II berminat dapatkan khidmat N. Thanabalan

Pengendali Perak II, Abu Bakar Fadzim mendedahkan bahawa beliau berminat untuk membawa masuk penye rang Kedah, N. Thanabalan secara pinjaman bagi membantu jentera sera ngan pasukan tersebut.

Sedar prinsip utama kewujudan Perak II adalah untuk memfokuskan kepada bakat baharu, Abu Bakar melihat Thanabalan mampu untuk menjadi mentor serta dapat mencurahkan pengalaman yang dimilikinya terutamanya buat pemain muda di jentera seran gan.

Thanabalan yang kini berusia 24 tahun mencur1 tumpuan pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur selepas sering menjadi watak yang membantu skuad negara di saat getir sehingga layak ke perlawnan akhir.

Thanabalan ketika menyarung jersi skuad B-23 kebangsaan. Kredit foto: FAM

 

”Kita [Perak II] mungkin akan mendapatkan khidmat pemain secara pinjaman iaitu N. Thanabalan daripada Kedah.”

”Kehadiran beliau pastinya untuk mendapatkan pengalaman, kematangan serta dapat membimbing pemain-pemain muda kita.”

”Pada ketika ini kedua-dua pihak telah mendapatkan persetujuan secara lisan. Jika semuanya berjaya diselesaikan, Thanabalan akan bersama pasukan pada 2 Januari ini,” ujar Abu Bakar bercakap kepada wakil Semuanya BOLA di Ipoh.

Dalam pada itu, Abu Bakar Fadzim turut tidak menolak kemungkinan untuk mengisi kuota empat pemain import mengikut kemampuan kewangan Perak II dalam usaha memberikan saingan hebat kepada pasukan lain dalam Liga Premier 2020.

Kredit featured image: FA Kedah

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*